Friday, August 02, 2019

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18
Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai pilihan. Selalu baca orang share cerita yang best-best je. Kali ini den nak kongsi kisah perjalanan den dan kawan ofis Fatin & Zahra di Hatyai ni.

Memandangkan our office ada buat aktiviti di Langkawi maka bermula la idea nak mengecop passport. Padamulanya fikir nak naik feri dari Langkawi tapi akhirnya tukar plan naik van sahaja disebabkan duration van lebih singkat. Pesan dengan Zara mintak servaykan macamana nak ke sempadan naik van. Disebabkan masing-masing kesibukan yang amat persiapan dari segi itinerary memang tiada. Yang betul-betul prepare hotel booking di Hatyai, tiket feri Langkawi ke Kuala Perlis dan tiket ETS balik ke KL sahaja.

Mujur program firma berakhir tepat pada masanya dan kami cukup-cukup masa makan tengahari di hotel dan ambil grab ke jeti Langkawi untuk kejar tiket feri jam 2 petang. Dalam perjalanan ke jeti ni baru la cari semula cara-cara nak melintas sempadan naik van. Cuaca pula waktu ni tidak berapa baik hujan sekejap sampai satu masa feri behenti tengah-tengah laut tu sebab ombak terlalu kuat. Memang terasa feri tu melambung-lambung memang cuak la kejap dan mulala baca segala doa yang terlintas. Alhamdullah selamat juga kami smpai ke Jeti kuala Perlis. Perjalanan lebih kurang satu jam sebabkan feri ada berhenti.

Bedasarkan info yang dibaca tidak dinyatakan dengan tepat tempat naik van dimana maka kami setelah berbincang dengan yakin booking Grab letak drop point ICQ Bukit Kayu Hitam. Perjalanan dari Jeti K.Perlis ke ICQ dalam 40 minit. Sampai di check point grab driver pun kata cik dah sampai, maka turun la kami disitu. Bermula la episod tercangak-cangak kami, tengok orang lain naik bas turun untuk cop passport keluar dari Malaysia bila tinjau kawasan depan lepas pos imegresen tu jalan raya seluas-luasnya tak nmpak pintu sempadan pun. Gelabah dah memasing ni, mujur ada orang boleh ditanya dan memang sah kami dah salah turun, sepatutnya  letak kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Tanya sorang pasengger bas ni, dia suruh tanya driver bas dia boleh tumpang ke tidak, tapi nak panggil drivernya tak sempat. Maka tanpa ada pilihan menapak la kami melintasi jalan raya seluas-luas alam tu ke kompleks bebas cukai dibawah terik matahari sambil seret beg tarik. Memang lawak gila bila dikenang semula. Mujur ada pakcik pekerja construction kat situ tolong kami lintas jalan kalau tidak mau nangis nak seberang jalan. Den tak tau la mana datang energy agaknya mampu plak bejalan cepat-cepat dgn seret beg tarik lagi dah la jalannya ada yang mendaki bukit. Mungkin sebab malu or segan tu menebal so ada extra tenaga jalan laju-laju. 


Episode tecangak-cangak ni tak berakhir di ICQ tapi bersambung di kompleks bebas cukai pula. Baca di blog-blog banyak van katanya. Bila tiba masa kami ada satu van sahaja nak tanak tak da pilihan sebab dah jam 4 lebih terpaksa la juga naik van abang ni dan dia pun offer hantar sampai hotel terus. Kenapa satu van je yang ada? Kami ni datang hari khamis hari orang bekerja. Weekend mungkin ada pilihan la kot. Driver van ni namanya Abg Dam. Mujur juga abang Dam ni boleh bercakap bahasa melayu so senang sikit nak berurusan. Dalam van ni memang kami bertiga sahaja memang tawakal habis la. Lepas bersembang dengan Abang Dam ni baru timbul perasaan lega tu. Kami terus ambil name card dia incase kalau balik nanti nak guna khidmat dia lagi.


Alhamdulillah di imegresen Thai tak lama prosesnya memang lancar  dan sekejap sahaja. Ramai yang share kata kena selit duit dalam passport tapi waktu kami ni alhamdulillah tak perlu pun selit-selit duit. Den siap pilih que kat kaunter officer yang kacak sorang ni kekeke. Memang muka ala-ala thai actor la. 

Memang satu kelegaan la bila nampak signboard welcome to Thailand ni. Tercapai la hajat nak ke Thai kan. Perjalanan ke Hatyai ambil masa 2 jam lebih. Sempat la layan ngantuk dulu dalam van ni. Permandangan lebih kurang sama sahaja sebab iklim yang sama kan. Kami bertolak dari sempadan Malaysia dalam jam 4 lebih kira bila masuk thai yang awal sejam dari Malaysia ni waktu budak2 balik sekolah. So sepanjang jalan jika melawati kawasan sekolah memang penuh la nampak budak-budak dengan uniform masing-masing. 

Di Hatyai ni kami stay di Hi Season Hotel, lokasinya agak jauh dari bandar Hatyai kalau nak ke food market tu memang kena naik tuk tuk or grab. Reason duduk hotel ni sebab hotel ini ada boleh accomodate 3 orang 1 bilik untuk tarikh trip kami harga pun berpatutan. Size bilik not bad, ada ruang untuk solat den siap bentang lugage beg 28 inch lagi, ada balkoni juga boleh layan view bandar hatyai, basic things tu ada, iron & water cooler tak disediakan. Air panas je yang ada. So kalau jenis kuat minum air boleh la beli mineral water kat kedai dibawah hotel ni. Ada juga cafe di ground floor. 


Destinasi pertama sepatutnya Asian Night Market. Kami servay harga tuk-tuk yang banyak menunggu dibawah hotel ni harga agak mahal dan rasa tak berbaloi. Cuba order grab, ada driver tapi drivernya awal-awal tanya ada tuk-tuk berhampiran tak bila diberitahu ada terus dicancelnya. No choice pegi semula ke tuk-tuk tadi jumpa satu family dari Kedah mereka nak ke Lee Garden Plaza maka kami pun tukar destinasi sebab tambang tuk-tuknya murah banyak compare dengan harga kami tanya awal tadi.

Tiba di Lee Garden Plaza terpinga-pinga la kami lost tak tau nak pi mana hahahha end up pusing-pusing servay makanan dulu. Dah tengok-tengok baru la decide nak beli apa. Bila dah pusing-pusing kelabu mata la apa nak beli kan sebab macam-macam makanan ada. Siapa suka udang galah tu memang buntang la mata tengok udang tetonggek-tonggek. Den snap gambar yor la. Udang tak masuk list hari pertama.  

Oh ye malam tu rasanya lebih 50% pengunjung kat Lee Garden ni adalah rakyat Malaysia. Memang macam kat pasar malam je la gayanya. Disebabkan ramai sangat manusia kami pun tapau aja la balik makan kat hotel. Sekali lagi nak balik ke hotel mula la sesi tawar menawar ngan tuk tuk driver ni.

Ini list makanan kami malam tu sebab tema JJCM so kita komen la on makanannya;
1. Nasi pad krapow seafood dan ayam: rasa dia biasa je tak de la wow! sebab masak banyak-banyak skali kot. Memang ramai yang que order bungkus dan makan kat gerai tu.
2. Pad Thai: Ini pun tak macam padthai aku penah makan since takdo kacang tanah, rasa biasa-biasa saja.
3. Oyster Omelette ;Ini menu yang den dah lama ngidam akhirnya dapat kat sini. Rasanya okay sebab memang telor dadar je la kan. Tambahan plak tak penah makan kat tempat lain so tak boleh nak compare rasa dia.
4. Banana pancake: selalu tengok orang makan macam sedap sangat kan. Bila dah rasa okay roti canai letak pisang aja. makan panas-panas sodap. Masa beli pancake ada sorang makcik ni tegur, dia tanya Halal ke? aku tunjuk logo je la. Bagi aku bahan-bahan dia tiada yang meragukanpun.
5. Pulut mangga; sedap lemak berkrim gitu.
6. Satay; si zara punya pilihan hati.
7. Nenas : sedap gilerrrrrr. Fav tu.
8. Thai ice tea; Biasa & green tea. Macam yang jual kat Malaysia juga la.



   

Setelah kenyang melantak berakhirlah our 1st day in Hatyai. Till next entry for next day adventure.

Tuesday, July 23, 2019

Cuti-cuti Malaysia Pt2: Bukit Tinggi

Sambungan last entry setelah sekian lama hahaha.
Setelah check out dari Ion Delemon kami menuju ke Bukit Tinggi maka bermula edisi menuruni bukit bengkang bengkok itu dah kembali mendaki ke Bukit Tinggi.

Fees masuk ke Bukit Tinggi Colmar Tropical resort ni dah naik compare dengan last time den datang. Alang-alang dah sampai tu bayar aje la.



Apa speselnya Colmar ni? Resort with French Village Theme. Boleh la feeling di Perancis kejap. Memula ada ura-ura nak menginap diresort ni tapi bagi den tak berbaloi sangat so kita balik hari sahaja.  Kami just pusing-pusing ambil gambar then lepak minum sahaja. 



 Untuk dapat view ni kena naik tangga sampai tingkat 3 macam tu so boleh la tengok dari atas view hujung ke hujung. Dalam gambar ni yang opposite tu adalah entrance.




Ini pulak view dari galeri on the way to carpark. Selepas beberapa tahun since my 1st visit nampak perbezaan juga cat bangunan nampak tak terjaga sudah.


Next kami ke Japanese Garden. Ikutkan den tak mau naik. Maklum la kena mendaki tangga dan bukit tapi kena paksa juga dengan derang. Memang mintak nyawa nak sampai kat atas tu.

Di Japanse Garden ni den tak pusing mana-mana sebab duduk berehat mintak nyawa. Memang terasa sungguh betapa tidak fit nya den.  Disini juga boleh cuba pakai kimono dan begambar la disekitar taman ni. Ada bayaran untuk sewa kimono ni tak silap.

Destinasi terakhir adalah Kopi Ladang di Janda Baik. Lepas tengok beberapa orang share pasal kopi ladang ni terus la masuk wish list trip Genting ni mujur juga balik ikut Genting Sempah boleh la singgah.




Untuk cari kedai ni boleh waze Kopi Ladang, kami singgah ni hari jumaat so menu utk makanan ada yang takda since tukang masak sesetengah menu tu ada on weekend sahaja. Tapi yang penting dapat cuba kopi dia. Apa yang spesel nya biji kopi ni datangnya dari kebun kopi di blakang kedai ini. Kira memang fresh biji kopi dari ladang. Tengah-tengah panas terik memang sedap pekena kopi ais ni. Bagi den rasanya sodap sepadan dengan harganya. Berakhirlah our short vacay selepas mengopi.

Tuesday, April 09, 2019

Cuti-cuti Malaysia: Rumah Hutan & Grand Ion Delemen

Hello I'm back. Since last year kata nak comeback blogging April 2019 baru la nak update. 1st entry just want to share our 2D1N trip to Genting dan sekitarnya. Why Genting? My friend Jufa menang cabutan bertuah dapat 1 night stay di Grand Ion Delemen, Genting.

So here we go our trip on 14 & 15 February, 2019. 

Ada dua jalan untuk ke Genting Highlands ni, melalui Genting Sempah atau Batang Kali. Kami pilih jalan Batang Kali since nak menyinggah ke Rumah Hutan Bonda Rozita. Maka pagi Jumaat tu kami berkumpul di KD melalui Plus highway exit Rawang dan ikut jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke Batang Kali. Dalam 30 min kami sampai di rumah hutan.

Tujuan utama kami ke rumah hutan ni nak mencuba ikan lunak. So untuk ke tempat makan pengunjung kena naik jip/4wd untuk naik ke restoren atau challet. Tidak dibenarkan drive kereta sendiri hingga ke atas. Tengok pada jalannya pun kalau diberi pilihan memang tak mau la drive ke atas, seriau tengok jalan kecik dan tebing-tebing. Oh ya, bayaran RM5 untuk caj pengangkutan dikenakan nanti bila bayar sekali dengan makanan.
Menu pilihan kami ikan lunak, ikan talapia bakar, gulai nangka, set ulam & sambal belacan. Dari segi rasa ikan talapia memang fresh, ikan lunak ok sedap sebab digoreng garing. Kalau ditanya akan mengulang lagi ke? mungkin cukup sekali sajalah hehehe.



Bagi sesiapa yang follow bonda rozita boleh la mencuba ikan lunak ni, boleh juga rasa makan disekilingnya hutan gitu sambil didendangkan lagu. Tapi lagunya macam makan direstoren indonesia plak. 

Seterusnya kami sambung perjalanan ke Genting, singgah di Genting Premium Outlet dulu, dari rumah hutan dalam 20 minit sahaja.


Singgah sini cuci-cuci mater coffee break sambil layan view. Bos je shopping kat sini kekeke. Dalam 1 jam di sini kami gerak menuju ke puncak Genting mencari hotel. Based on goole map Grand Ion Delemen ni 20 minit dari GPO. Disebabkan hujan & kabus maka berpusing-pusing la kami kat Genting nun. Selepas beberapa kali memusing di kawasan Genting theme park tu baru la jumpa jalan ke hotel. 

Gambar diatas view dari lobi hotel sekitar jam 4 petang. Dah macam di oversea dah keadaanya, memang stress bila driving dalam kabus tebal dengan jalan bengkak bengkok dan tak tahu mana hala nak tuju. Jalan raya nya pulak tak berapa okay sebab banyak construction disekitarnya paham-paham jelah kondisinya. 
Ada sedikit masalah dengan bilik masa check in, selepas penat menunggu tak selesai pihak hotel setuju dengan permintaan tukar bilik terus. Hasilnya dapat upgrade bilik dari yang asal tapi mood dah spoil sebab menunggu lama. Dikawasan hotel ini ada food truck area, bagi sesiapa yang menginap tak mau makan di restoren hotel boleh la makan disitu. Kononnya nak turun jenguk food truck tapi tengok cuaca kabus tebal dan sejuk terus kensel. Dinner makan bekal ramen yang dibawa je dan selebihnya melepak dan membawang. 

Next morning dengan penuh harapan pagi-pagi akak nak tengok sunrise konon bukak sliding door dah macam bukak pintu nampak dinding. Boleh tengok video dibawah.


Gambar ini pula di bawah, semangat sungguh kami pegi breakfast awal-awal pagi lagi. Cuaca masih lagi berkabus dan sejuk. Feeling macam tengah winter la gitu. Member pesan gi breakfast duduk tepi tingkap utk besh view tapi kami pegi awal-awal pagi memang view kabus je la. Buffet selection not bad banyak pilihan menu boleh la pilih mana yang kena selera masing-masing.

Menjelang jam 10 pagi kabus dah menghilang baru la nampak view bukit bukau dan sekitarnya. Saujana mata memandang gitu. 

Yang ini plak view Genting Theme Park dari Ion Delemen level 22. Itulah dia jalan yang semalam datang ke hotel. 

Kawasan persekitaran hotel pun menarik juga untuk bergambar. Masih ada kawasan yang tengah nak buat lagi. Boleh check kat instagram #iondelemen kalau nak tengok port mana yang menarik. Lepas dah puas bergambar moh la kita check out. 


Nampak tersergam indah pintu gerbang hotel ini tapi kalau dah terlindung kabus menyumpah juga la nak mencari jalan masuknya. Till then jika ada rezeki kita jumpa lagi di Ion Delemen ni. 

Next sambung part 2 la plak.


Wednesday, September 05, 2018

I'm back!

Setelah sekian lama blog ini tak berupdate tetiba terasa nak blogging  semula. So nanti kan la entry seterusnya.

p/s: Last entry Singapore trip with arwah Sal. Ya Allah rindunya kat dia. Lama tak blogging macam-macam dah belaku. Alfatihah untuk Salwati Khamdani.

Friday, June 21, 2013

Singapore Trip Apr 2013 :Day 1

Hello bertemu kembali di sini. Seperti biasa nak update cerita dah basi. JB-Singapore Trip  11-13 April lepas. Ahli rombongan 7 orang semuanya. Me, Jufa, Ayu, Ema, Ipah, Sal & Nurul. Misi utama kami adalah CNBlue Concert pada 13 Apr dan alang-alang tuh jalan-jalan sekali.

Ini adalah view dari hotel kami menginap Grand Bluewave Hotel JB. Tak mampu nak tinggal di Singapore so tinggal di JB je.  Merasa gak la dok hotel best sebab Sal. Masuk-masuk bilik je semua teruja dengan view nih. 

Petang tuh plan asalnya mau masuk Singapore jalan-jalan tp akhirnya bertukar sebab mau sambut adik-adik biru kononnye kebetulan smpai malam tu juga di Singpore. Maka gigih la kami gerak masuk SG naik public transport. Naik bas dari Larkin tambang RM1.90. Nasib baik pak cik driver dan penumpang dlm bas tuh baik hati bagi guide tuk kami ke airport. 


Di sebabkan sampai SG tu dah petang decide naik train je ke airport bajet sempat la smpai before flight CNB landed.  Tapi akhirnya tidak sempat juga sebab transit a few station dan perjalanan lebih 1 jam. 

 Sampai je di Changi beriyer berlari then nampak ade Boice (Cnblue fan) terus tegur. Sedih giler bila derang cakap CNB baru je pergi. Memang takda jodoh la kan.

 

 Tak dapat amik gambar Cnblue amik la gambo gate tempat derang keluar pun jadi la.




Sudahnya pusing pusing je la Changi Airport tu amik feel. Entah mcm mana boleh keluar perkataan CNBLUR.. so lekat la gelaran tuh CNBLUR

Gigih smpat gak amik gambar ngan van tuh.. ini di Station MRT Kranji. 
Tengah tunggu Nurul sebelum balik semula ke JB.
   

Ini la di bas yang kami naik tambang SGD 1.90 tuk balik ke JB. Amaun yang sama tapi nilai berbeza jadi mahal sebab guna SGD. Bas terakhir dari SG ke JB jam 11 malam tak silap. 

Next sambung Day 2 USS tour.


Monday, May 27, 2013

Cake, cake & cakes

Nothing much since blog dah lama tak update so nak share gambar kek-kek yang di buat before this.

Chocolate Moist Cake 1.5kg. Decor with edible image and M&M. Thanks kak azni sudi order.




Ini plak chocolate moist cupcakes. Thanks kak Aton sudi tempah. Decor simple as requested dan yang kosong tuh  main lukis je ikut suke sendiri hihihii. 

Ini juga chocolate moist cupcakes with choc ganache. Decor with CNBLUE  edible image.  Cupcakes ni jual masa buka booth CNBB kat UPM  last a few weeks

Ni contoh packaging untuk jualan hari tu. ada tambah mini flag CNBLUE

** my chocolate moist cake adalah kek kukus ye!
** untuk tempahan edible image boleh contact aishah. Click sini untuk blog dia.

Thursday, March 28, 2013

Visit Korea Day3: Petite France (Siaran tertunda April 2012)

Anyeong... kembali bersiaran dengan cerita kembara ke Korea yang tak sudah sudah di apdet nih. Trip April 2012 ni lagi beberapa hari dah nak masuk Apr 2013. baru tehegeh  hegeh nak apdet citer lapuk nih kekekeke. tapi suke hati i la kan ni blog i. kkekekekeke.
Selepas melawat Nami Island destinasi seterusnya adalah Petite France. Mungkin tak ramai yang kenal tempat nih. Petite France ni perkampungan ala Perancis. Bagi peminat peminat Running Man dan 2PM misti ingat derang ada shooting 2 episod Running Man di sini. Waktu tu Khunnie & Taecyeon jadi artis jemputan. Bagi peminat drama misti tau sebab Beethoven Virus & Secret Garden pun ada shooting kat sini. Sila klik sini tuk maklumat lanjut bekenaan Petite France nih. 

Dari Nami Island kami naik cab ke Gapyeong station semula sebab nak naik Gapyeong Tour Bus. Tambang bas ni 5000won. Sementara tunggu bas sampai lepak kat office tourist centre tuh. Sempat gak borak ngan petugas kat situ. Dia cakap tak ramai foreigner tau tempat ni sebab tak glemer cam Nami. Sembang la itik ayam ngan ahjuma tuh tekeluar la citer Running Man. Dia tanya minat sapa aku ngan laju je "Yoo Jae Suk".. cam tekejut gak dia aku main sebut je nama Baeteukgi ni.. Maklum la Korean ni pantang dia banyak bila yang muda mudi kena hormat yang tua. sepatutnye kena sebut "Yoo Jae Suk-ssi" Miane ahjumma!


Heater tuk panaskan badan. Maklumla suhu sejuk gak kat luar.
Naik bas ke Petite ni dalam 25 min. Dalam bas ada Tour Guide brief pasal Gapyeong dalam Hanggul. So buat2 paham sambil melayan ngantuk. Amik kesempatan lelapkan mata jap kekekekeke. Scenery sepanjang perjalanan memang menakjubkan. SUBHANALLAH. Sepanjang jalan di lereng bukit penuh dengan cherry blossom. Bahagian bawah tuh plak ada tasik.

Hoyeahhhhh sampai gak
Entrance ticket : 8000 won (adult)
Akhirnya dapat juga jmpa bunga tulip kat sini.
Gambar gambar Running Man yang shoot kat sini.

Berangan jap konon2 main piano kekekeke
Run while u can! sebelum sampai aku ngan jufa dah target misti amik gamba kat tangga ni.  Tempat wajib  maklum la Khun n Taec lari lari kat tangga nih. hihihihi
Sepanjang kat Petite ni aku tak jalan sangat. Tempat ni di lereng bukit so banyak kena mendaki ngan panjat tangga so aku pass bnyk menda kaki tak larat kekekeke so pusing2 kat bawah je. Mana2 check point ada cop. so kalau bawak buku ke kertas ke boleh la chop setiap tempat yg kita singgah tuh.


Jufa yang gigih! Panjat smpai puncak. Aku zoom pic dia dari bawah je kekeeke
 Dlm Running Man team yg bejaya ring bell ni  bejaya dlm mission. 

Nampak tak 3 org yg bederet tuh. itu la kami yg tak larat nak panjat bell tower nih.
Jufa zoom dari tower.
Group photo. Sib baik ada korean girl yang sudi amikkan gambar.
sporting budak2 tuh suh kami tukar2 pose lagi kekeke.
tu dia poster besar  cerita2 yg shooting kat sini.  me try to point "Baeteukgi"

Sambil tunggu bas sambil posing. View cantek sangat kat blakang tuh. 
Waktu nak balik ni memang agak menguji kesabaran sebab terpaksa tunggu bas dalam ujan renyai2. Sejuk yang amat. Tour bas lambat sangat jadualnye lepas dah tunggu lama lalu bas domestic. So naik je la dari tunggu dalam hujan kan. Tambang bas tuh 1000won. Time ada masalah komunikasi dengan driver bas. Akhirnya bas behenti kat station bas terus. Sib baik ade satu couple sudi membantu kami. Korean guy ni google map then suruh kami snap gambar so senang tunjuk je kat driver teksi.

Direction dari stesen bas ke stesen keretapi yang terdekat.

Cheonpyeong train station. 
Akhirnya selamat tiba ke stesen keretapi terdekat. Selamat kembali ke Seoul. Selesai perjalanan hari ke 3 ke  Nami & Petite. Bersambung plak nanti cerita di Itaewon.

P/s : sib baik si Jufadilla dah update blog bleh gak recall cerita dari entry dia.



Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...