Tuesday, April 09, 2019

Cuti-cuti Malaysia: Rumah Hutan & Grand Ion Delemen

Hello I'm back. Since last year kata nak comeback blogging April 2019 baru la nak update. 1st entry just want to share our 2D1N trip to Genting dan sekitarnya. Why Genting? My friend Jufa menang cabutan bertuah dapat 1 night stay di Grand Ion Delemen, Genting.

So here we go our trip on 14 & 15 February, 2019. 

Ada dua jalan untuk ke Genting Highlands ni, melalui Genting Sempah atau Batang Kali. Kami pilih jalan Batang Kali since nak menyinggah ke Rumah Hutan Bonda Rozita. Maka pagi Jumaat tu kami berkumpul di KD melalui Plus highway exit Rawang dan ikut jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke Batang Kali. Dalam 30 min kami sampai di rumah hutan.

Tujuan utama kami ke rumah hutan ni nak mencuba ikan lunak. So untuk ke tempat makan pengunjung kena naik jip/4wd untuk naik ke restoren atau challet. Tidak dibenarkan drive kereta sendiri hingga ke atas. Tengok pada jalannya pun kalau diberi pilihan memang tak mau la drive ke atas, seriau tengok jalan kecik dan tebing-tebing. Oh ya, bayaran RM5 untuk caj pengangkutan dikenakan nanti bila bayar sekali dengan makanan.
Menu pilihan kami ikan lunak, ikan talapia bakar, gulai nangka, set ulam & sambal belacan. Dari segi rasa ikan talapia memang fresh, ikan lunak ok sedap sebab digoreng garing. Kalau ditanya akan mengulang lagi ke? mungkin cukup sekali sajalah hehehe.



Bagi sesiapa yang follow bonda rozita boleh la mencuba ikan lunak ni, boleh juga rasa makan disekilingnya hutan gitu sambil didendangkan lagu. Tapi lagunya macam makan direstoren indonesia plak. 

Seterusnya kami sambung perjalanan ke Genting, singgah di Genting Premium Outlet dulu, dari rumah hutan dalam 20 minit sahaja.


Singgah sini cuci-cuci mater coffee break sambil layan view. Bos je shopping kat sini kekeke. Dalam 1 jam di sini kami gerak menuju ke puncak Genting mencari hotel. Based on goole map Grand Ion Delemen ni 20 minit dari GPO. Disebabkan hujan & kabus maka berpusing-pusing la kami kat Genting nun. Selepas beberapa kali memusing di kawasan Genting theme park tu baru la jumpa jalan ke hotel. 

Gambar diatas view dari lobi hotel sekitar jam 4 petang. Dah macam di oversea dah keadaanya, memang stress bila driving dalam kabus tebal dengan jalan bengkak bengkok dan tak tahu mana hala nak tuju. Jalan raya nya pulak tak berapa okay sebab banyak construction disekitarnya paham-paham jelah kondisinya. 
Ada sedikit masalah dengan bilik masa check in, selepas penat menunggu tak selesai pihak hotel setuju dengan permintaan tukar bilik terus. Hasilnya dapat upgrade bilik dari yang asal tapi mood dah spoil sebab menunggu lama. Dikawasan hotel ini ada food truck area, bagi sesiapa yang menginap tak mau makan di restoren hotel boleh la makan disitu. Kononnya nak turun jenguk food truck tapi tengok cuaca kabus tebal dan sejuk terus kensel. Dinner makan bekal ramen yang dibawa je dan selebihnya melepak dan membawang. 

Next morning dengan penuh harapan pagi-pagi akak nak tengok sunrise konon bukak sliding door dah macam bukak pintu nampak dinding. Boleh tengok video dibawah.


Gambar ini pula di bawah, semangat sungguh kami pegi breakfast awal-awal pagi lagi. Cuaca masih lagi berkabus dan sejuk. Feeling macam tengah winter la gitu. Member pesan gi breakfast duduk tepi tingkap utk besh view tapi kami pegi awal-awal pagi memang view kabus je la. Buffet selection not bad banyak pilihan menu boleh la pilih mana yang kena selera masing-masing.

Menjelang jam 10 pagi kabus dah menghilang baru la nampak view bukit bukau dan sekitarnya. Saujana mata memandang gitu. 

Yang ini plak view Genting Theme Park dari Ion Delemen level 22. Itulah dia jalan yang semalam datang ke hotel. 

Kawasan persekitaran hotel pun menarik juga untuk bergambar. Masih ada kawasan yang tengah nak buat lagi. Boleh check kat instagram #iondelemen kalau nak tengok port mana yang menarik. Lepas dah puas bergambar moh la kita check out. 


Nampak tersergam indah pintu gerbang hotel ini tapi kalau dah terlindung kabus menyumpah juga la nak mencari jalan masuknya. Till then jika ada rezeki kita jumpa lagi di Ion Delemen ni. 

Next sambung part 2 la plak.


Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...