Showing posts with label Korea Trip. Show all posts
Showing posts with label Korea Trip. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Visit Korea Day3: Petite France (Siaran tertunda April 2012)

Anyeong... kembali bersiaran dengan cerita kembara ke Korea yang tak sudah sudah di apdet nih. Trip April 2012 ni lagi beberapa hari dah nak masuk Apr 2013. baru tehegeh  hegeh nak apdet citer lapuk nih kekekeke. tapi suke hati i la kan ni blog i. kkekekekeke.
Selepas melawat Nami Island destinasi seterusnya adalah Petite France. Mungkin tak ramai yang kenal tempat nih. Petite France ni perkampungan ala Perancis. Bagi peminat peminat Running Man dan 2PM misti ingat derang ada shooting 2 episod Running Man di sini. Waktu tu Khunnie & Taecyeon jadi artis jemputan. Bagi peminat drama misti tau sebab Beethoven Virus & Secret Garden pun ada shooting kat sini. Sila klik sini tuk maklumat lanjut bekenaan Petite France nih. 

Dari Nami Island kami naik cab ke Gapyeong station semula sebab nak naik Gapyeong Tour Bus. Tambang bas ni 5000won. Sementara tunggu bas sampai lepak kat office tourist centre tuh. Sempat gak borak ngan petugas kat situ. Dia cakap tak ramai foreigner tau tempat ni sebab tak glemer cam Nami. Sembang la itik ayam ngan ahjuma tuh tekeluar la citer Running Man. Dia tanya minat sapa aku ngan laju je "Yoo Jae Suk".. cam tekejut gak dia aku main sebut je nama Baeteukgi ni.. Maklum la Korean ni pantang dia banyak bila yang muda mudi kena hormat yang tua. sepatutnye kena sebut "Yoo Jae Suk-ssi" Miane ahjumma!


Heater tuk panaskan badan. Maklumla suhu sejuk gak kat luar.
Naik bas ke Petite ni dalam 25 min. Dalam bas ada Tour Guide brief pasal Gapyeong dalam Hanggul. So buat2 paham sambil melayan ngantuk. Amik kesempatan lelapkan mata jap kekekekeke. Scenery sepanjang perjalanan memang menakjubkan. SUBHANALLAH. Sepanjang jalan di lereng bukit penuh dengan cherry blossom. Bahagian bawah tuh plak ada tasik.

Hoyeahhhhh sampai gak
Entrance ticket : 8000 won (adult)
Akhirnya dapat juga jmpa bunga tulip kat sini.
Gambar gambar Running Man yang shoot kat sini.

Berangan jap konon2 main piano kekekeke
Run while u can! sebelum sampai aku ngan jufa dah target misti amik gamba kat tangga ni.  Tempat wajib  maklum la Khun n Taec lari lari kat tangga nih. hihihihi
Sepanjang kat Petite ni aku tak jalan sangat. Tempat ni di lereng bukit so banyak kena mendaki ngan panjat tangga so aku pass bnyk menda kaki tak larat kekekeke so pusing2 kat bawah je. Mana2 check point ada cop. so kalau bawak buku ke kertas ke boleh la chop setiap tempat yg kita singgah tuh.


Jufa yang gigih! Panjat smpai puncak. Aku zoom pic dia dari bawah je kekeeke
 Dlm Running Man team yg bejaya ring bell ni  bejaya dlm mission. 

Nampak tak 3 org yg bederet tuh. itu la kami yg tak larat nak panjat bell tower nih.
Jufa zoom dari tower.
Group photo. Sib baik ada korean girl yang sudi amikkan gambar.
sporting budak2 tuh suh kami tukar2 pose lagi kekeke.
tu dia poster besar  cerita2 yg shooting kat sini.  me try to point "Baeteukgi"

Sambil tunggu bas sambil posing. View cantek sangat kat blakang tuh. 
Waktu nak balik ni memang agak menguji kesabaran sebab terpaksa tunggu bas dalam ujan renyai2. Sejuk yang amat. Tour bas lambat sangat jadualnye lepas dah tunggu lama lalu bas domestic. So naik je la dari tunggu dalam hujan kan. Tambang bas tuh 1000won. Time ada masalah komunikasi dengan driver bas. Akhirnya bas behenti kat station bas terus. Sib baik ade satu couple sudi membantu kami. Korean guy ni google map then suruh kami snap gambar so senang tunjuk je kat driver teksi.

Direction dari stesen bas ke stesen keretapi yang terdekat.

Cheonpyeong train station. 
Akhirnya selamat tiba ke stesen keretapi terdekat. Selamat kembali ke Seoul. Selesai perjalanan hari ke 3 ke  Nami & Petite. Bersambung plak nanti cerita di Itaewon.

P/s : sib baik si Jufadilla dah update blog bleh gak recall cerita dari entry dia.



Saturday, August 11, 2012

Visit Korea Day3: Nami Island

Anyeong we meet again.. Don't know when i will finish update about this Korea trip. hehehehe.

So hari ni kita akan ke Pulau Nami. Pulau ni memang destinasi wajib disinggahi jika berkunjung ke Korea. Terutamanya peminat2 drama korea. Sini la tempat shooting cerita Winter Sonata yg jadi starting point korean wave. tetiba plak teringat group presentation time tuk paper english dulu hehehe

Seawal jam 9.00 dlam keadaan hujan renyai2 maka begerak la 4 orang travellers gigih dari Malaysia nih..

sepagi dlm subway jam 9 pagi lebih. fav aku ngan jaja amik gamba subway setiap kali naik. smpai jufa naik menyampah hehehe

Perjalanan ke Nami ni kami kena tukar line subway dari Myeondong line 4 ke Dongdaemun line 1 then ke Cheongnyangni.


Cheongnyangni Station. Dari sini kami naik train ITX ke Gapyeong station tuk ke Nami Island.
Station ni la Victoria & Khun berjumpa before trip derang. ok enough with khuntoria fever..

tu dia ITX sign ke CheongChun tp kami ke Gapyeong.
Staff kat station ni very helpful nmpak je kami terus dtg tegur tanya mana nak pegi then belikan tiket kami. Kami dengan konfidennye terus turun ke platform dkt ngan entrance tuh. Besa la bila nmpak korean ni senyum dan sapa derang. Ada sorang ahjusshi ni boleh ckp english dia tanya nak pergi mana? kami pun bagi tau nami island. then dia bg tau kita orang kat platform yang salah. Platform ke Gapyeong on the other side. apa lagi cepat2 say thanks then berlari naik eskalator maklumla lagi 5 minit train dijadual tiba. So kawan2 bila di sini don't worry Korean people sangat baik hati syaratnya senyum je ngan derang sure derang tak keberatan nak tulung kita. that's y i love korea haha poyos. ITX train memang besh siap ada 2 tingkat. 

Dalam train kami satu coach ngan ahjuhma dan ahjusshi yg nak pergi hiking. Sangat peramah dan baik.



makanan yg ahjussi bedua tuh bagi. Anggur tinggal tangkai je dh selamat di telan. kimbap tak brani nak makan pasal ada sosej kat dlm tuh.

view  dari train.. subhanallah.. sakura ditepi tasik cantek sungguh.

Jeti feri ke Nami Island

Bendera di feri mcm2 negara termasuk la malaysia

Rakyat korea yang peramah. Memula senyum2 je ngna ahjushi yg baju itam then ahjushi yg baju biru datang. Dia boleh ckp english skit2 so sembang la ayam dan itek. Korea + english. Ahjushi baju biru tuh memang besh. Dia tau pasal Malaysia dan kenal our ex-PM Dr. Mahathir. Time dia sebut nama Dr.M kita orang semua wowwwwwwwwwwww. Seronok la sembang ngan dia.

Peta pulau Nami


Cam tak pokok2 tuh.. pokok yg famous dlm winter sonata

apa ekk nama patung ni replica kiss scene winter sonata. 1st yg kami jmpa terus set up tripod nak amik gambo. pusing2 ghupenya banyak lagi menda nih.

4 orang budak happy dpt gi Nami

couple bicycle. sumpah la aku tak reti nak bawa if dok depan. gelong abis.  amik satu pulau dengar jeritan aku ngan jaja. 
View sangat cantek. Kat seberang tuh lereng2 bukit penuh ngan pohon sakura yg mekar.
sempat juga kami nengok sakura di Nami nih.. memasing sume siap patahkan kuntuman sakura ni simpan dlm beg kunun nak bawak balik malaysia.

tak dpt jmpa yg real patung pun jadi la hehehe

Kepenatan tp tetap nak amik gambar.

bye2 nami move to next destination plak.
 Zipwire tuk sesapa yg extreme.  tak perlu naik feri ke Nami tp naik wayer nih hihihi


Ni la dia.. kalau aku idak la..penakut weihh.. tp mahal la compare ngan tiket feri.
bungee jumping tuk sesiapa yg extreme. Kalau kat parking area  jeti feri bleh nampak tempat nih.

Ok to be continue tak tau bila. entry ni pun berkurun dok dlm draf. expired dah citer travel nih.


Friday, June 08, 2012

Visit Korea Day2: Namdaemun & Coex Mall


Anyeong ...
Mari kita smbung story 2nd day. Pagi2 bukak tingkap nengok hujan spt yg di forecast kan. Hujan dan berangin memang sejuk tapi kita orang get ready gak siap2.

Sementara tunggu ujan reda layan tv dulu. Kebetulan ada tayang Go Show Big Bang as guest.

Uri Daesungie.
Tunggu punya tunggu hujan pun tak berhenti decide teruskan plan gerak ke Namdaemun . Tempat ni salah satu tempat shopping mcm2 ada kat sini dari souvenir, keronsang,  baju2 (oppss warning mostly ahjumma style hehehhe) macam2 lah ada.

Waktu kami pegi memang tengah hujan dan berangin so nak bejalan tak seronok sangat. Dekat sini bila nak masuk dlm bangunan payung misti simpan dlm plastik. Kat setiap pintu masuk ada disediakan plastik tuk menyimpan payung. If tak simpan misti kena tegur ngan ahjumma kat situ.

Bila shopping kat sini agak bahaya. Kebanyakkan kedai tak display harga baju (terutamanya) so bila kita nak tau harga kena tanya. Ahjumma2 ni bila tanya assume mcm kita nak beli sangat susah nak nak bg tau kita tak mau.  Aku terkena skali memang bekenan ngan blouse tuh ahjumma ni pun dok tunjuk2 ckp size besar dh memang aim kat aku dah. So tanya rega brapa then dia terus turunkan baju n nak bungkus adehh jenuh nak refuse susah. Akhirnya tepaksa beli juga la lepas tawar menawar. Lepas tuh aku serik tak mau dah tanya harga baju2 kat dlm market nih.

Dekat sini aku tak brapa suka ngat terutamanya bila dok dlm kedai2 yg indoor nih. Sebabnya tak tahan ngan bau yg tak brapa nak besh. tak tau la nak ckp bau derang makan cik b tuh or bau derang minum. Memang pening kepala di buatnya.

satu2nya gambar yg smpat di snap di Namdaemun Market oleh 2 org budak degil . Miane chingguya.... 
Kat sini tak lama sangat sempat la beli souvenir skit2 then decide terus balik ke Namsan. Mencari jalan ke subway stesen memang sangat menguji kesabaran.

Balik Namsan solat n lunch. Dalam 3.30pm gerak semula destinasi COEX Mall yang asalnya tiada dalam list kami.  Okay la kan daripada duduk dalam bilik je.

Ketua rombongan!
Nak smpai ke Coex Mall ni boleh tahan gak la jauhnye kena tukar 3 line.

starting point Myeondong station line 4.


performance kat subway station dr Line 5 ke line 2 (refer kat blog jufa) me memang tak ingat la line mana pun pasal seret je kaki ikut ketua rombongan @ jufa hehehehehe.


See nak smpai ke Coex siap melintas sungai bagai.. hujan still tak behenti lagi waktu nih. 



Mall ni memang besar dan banyak wing. Memula nak masuk kimchi museum tp dah petang sangat dan dh tutup museum nye. Jalan2 cari kedai cd. jmpa Evan reords nih. Memang teruja abis la nengok sume poster2 cd2, chocolate muka idol2 suma tuh.. Siap tanya pekerja kedai boleh tak nak amik gambo hehehe. Bila kata boleh je apa lagi snap sbnyk mungkin hehehehe.





nyesal tak beli yg nih huhuhuh 

Heartsring merchandise

Sempat gak la sambar 1 dvd kat sini.. 2PM Don't stop Can't Stop


Samsung 3D promotion. teruja abis sume jenis spek nak try.

Megabox wayang! tak masuk nengok wayang pun just posing2 amik gambo je.


Exo-K fan meeting. Patutla tadi ramai gila orang tunggu kat tmpat nih.. apa lagi join sama. Memang dasat la derang ada siap bawak tangga n stools lagi. sempat aku usha kamera derang memang canggih2.

Gigih gila amik gamba ni je yang okeh. sebetulnya tak kenal pun member EXO ni tau lagu derang MaMa je.

 Still lagi hujan.. jom mendaki ke Namsan dalam kesejukan. 

malam layan tv Big bang lagi! yeay ada Yoo jae suk as MC. 

Berakhirlah kisah hari ke2. To be continue with day 3 Namisun & Petite France.

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...