Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Animax Carnival 2012 @ One Utama

Cosplay event by Animax.
This is my 1st time thanks to Jufa she got 4 passes & invite me to join her.
Here a few pic of the cosplayer.


Event highlight! Baby Beel & Alodia!
Siapa Alodia? Queen of Cosplay (Jufa yg kata hehehehe)
Kami asik keluar dan masuk je sebab nak tunggu derang ni keluar.
Organizer sangat pandai keluarkan Alodia last minit.

Anime yg aku layan Slam Dunk.
Sakuragi Hanamichi my favorite. Red hair monkey! hehehehe.
Tune to channel 715 for Animax channel

Monday, July 18, 2011

2011 Bon Odori Festival

Akhirnya dpt juga attend Bon Odori Festival yg ke 3 nih. Lokasinya di kompleks sukan s.21 Shah alam. Pada awalnya aku dah salah faham ingatkan event ni dari pagi rupa stat 5 pm. Smpaikan si Miza mau cancell pegi. Ingat event siang so bleh lunch ngan japanese food kat festival ni. Bila event start petang so tukar plan. Kononnya nak carik japanese food alih alih sampai di IOI Mall kami tukar ke Korean food plak. Seoul Garden jadi pilihan. Makan smpai penuh perut. Kami masuk dalam 2.30pm keluar around 4pm.

Lepas asar baru gerak pegi bon odori berjaya gak pujuk miza join sama. Caling2 ngan Jufa kereta dia problem plak. Janji jmpa dia dulu kat De palma. On the way tuh nengok parking dah smpai round about s.20 dah. Setelkan hal keta jufa dulu n then baru pegi stadium balik. Pusing satu round dulu carik parking at last miza park kat round about gak. Jufa kat area petronas s.20. Maka jalan kaki la kami ke stadium tuh.

Pic di atas n i masa dancer dah get ready tuk menari. Seronok gak tarian derang nih. aku follow seround je. Kelakar plak rasanya. main blasah je follow miza ngan jufa. dah last2 baru dpt stepnya. dah la menari ngan kendong beg laptop kat blakang.

Kat event ni plan nak carik budak2 jepun comel berkimono. Tp tak jmpa. Budak dlm pic kat atas chinese comel giler budak tuh dah mcm budak yg blakon dalam citer oh my lady yg jadi anak siwon. Ramai gak orang amik gambar dia.

Family jepun yg kami approach tuk begambar. Sporting tul drang. time ni la nengok ramai orang jepun kat malaysia nih.

At last with jufa yg tak pernah miss attend bon odori. Thanks invite me dpt gak experience nari ala jepun malam2 heheheh. Caja awat tak join. kalau tak boleh nengok bakat tependam ko menari ala jepun. heheheheh

Saturday, May 14, 2011

Langkawi 2nd trip for the year..

9-12 hb lepas skali lagi aku ke Langkawi.
Kali ni pegi disebabkan attend meeting. So sambil menyelam minum air.
1st experience naik firefly.

Picture kat atas tuh la my view in the plane. The moment aku duduk je kat seat tuh mula la imagine kalau kipas tuh tercabut terbang ke arah aku. huhuuuhu
Alhamdulillah selamat sampai ke Langkawi. Kami semua naik van tuk ke hotel kakak2 ni sume elok je naik duduk seat blakang tepaksa la i duduk ngan bos2 kat depan huhuhu sopan skit la i duduk. Malamnya terus start meeting. Penat+ ngantuk huhuhu sib baik ada wifi. bila time boring2 tuh bleh la bukak internet sat. Sepanjang beberapa hari ni hancus diet i. Dok kat hotel lengkap sumenya breakfast, tea break, lunch, tea break, dinner, supper & late supper lagi. 2 mlm beturut dok malkan sotong tepung.
Alhamdulillah meeting went well. Risau je time aku present bos tanya soalan pelik2. Thanks boss yang congratulated our dept. Thanks for the trust. To my department staff & trainees gud job on 1st quarter performance hope we can do better in the 2nd quarter.

Last day at Langkawi bos bagi jalan2. 1st destination Cable car. Naik juga la aku tuk kali ke dua. Tapi experience kali ni berbeda. Dulu naik panas terik tp kali berkabus dan sejuk.Posing2 puas2 sambil layan feel angin n kabus sejuk kat atas tuh. On the naik ke tempat cable car tuh tetiba hujan plak. sib baik dah dekat smpai tempat teduh. buatnya kat jambatan lagi mau kuyup.
Balik tuh ingat nak lunch kat kedai Zul ikan bakar tp tutup. so lunch kat area beras terbakar. Lepas shopping kat beras tebakar pi mkn cendol n laksa kat pantai cenang. erkk tak sedap lasung. nama je laksa power tp tak rasa laksa pun kat tekak aku nih. Lepas tuh ronda area pantai cenang sat sebelum ke pekan kuah tuk acara shopping lagi.
Malam tuh flight balik jam 9.20 tak silap. masa datang muat je 1 van 10 orang n beg2nya. balik tuh amik ko 2 van pun susah nak arrange beg2. penuh. Alhamdulillah selamat sampai di lcct. Balik naik air asia. rasa mcm cepat plak smpai. Masing2 kepenatan. Akhirnya bos bagi berita gembira dpt cuti untuk jumaat. tp aku tak dpt cuti pasal dah set appoinment ngan client so tepaksa la pi jmpa client tuh.

Hari ni nak packing baju lagi mau pi holiday ngan kawan2 uitm plak. Sib baik boss approve cuti hehehe. Kalau tak approve pun aku mau cuti jugak pasal sume dah book. penat balik langkawi tak abis lagi n mau jalan lagi.. Duit pun sudah kering gak nih huhuhuhu.
Takat sini dulu. jmpa lagi lepas i bercuti.

Sunday, February 13, 2011

Siri2 - Jauh perjalanan luas pengalaman

Destinasi pilihan: Pulau Langkawi
Tarikh : 22-24 Jan

Keseluruhannya puas hati dengan trip ni walaupun mood aku sedikit terganggu dengan incident di airport yg menjejaskan skit tahap kesihatanku.

Sebelum pergi kengkawan office cakap makanan di sini mahal dan tak sedap. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan kedai makan yg kami masuk kecuali kedai yg pertama kami singgah malam sampai di Langkawi. Service lambat makanan tak sedap. Untuk makan tengahari sila la ke Restaurant Zul Ikan Bakar. Lokasinya tak berapa pasti dimana tapi dari Cable car menuju ke pekan kuah kedai dia ada di sebelah kanan somewhere dekat dengan kedai kraft apa tah. Sotong bakar dia sangat sedap. Harga pun berpatutan. 2 hari kami disana 2 kali lunch kat kedai tu.

Hotel plak kami duduk budget inn hotel di pekan kuah. cukup la untuk buat tido je. mana taknya keluar hotel jam 8 pagi balik 8 malam. memang balik mandi rehat tido je. Sesapa nak dok sini sila la bawak plus tuk air panas and extra extension plug kalau nak charging phone or anything else.

Aktiviti kami tak banyak sangat. Kononnya nak island hopping la. Sudah shop hopping je kat pekan Kuah. 2 kali visit. bak kata orang shop till u drop. memang meraban aku cari atm machine. Geram sungguh nengok barang2 dapur yang cantek2. Oh ye waktu kami pegi ni ada program Le Tour D'Langkawi tapi tak tengok pun sampai ada orang tarik muka bila nengok berita gara2 majoriti vote tak mau tunggu basikal2 tuh sume.

Ini sessi suka suki bergambar sebelum peristiwa berdarah. huhuhuhu

Destinasi pertama di pantai ni ramai orang dok mengutip something. Tak tahu la apa kebendanya rasa mcm nak join je.

Cable car Gunung Mat Cincang. Sumpah lepas ni acik tak mau dah turun ke jambatan tuh. Somput! Sebelum tuh kami salah tempat hampir nak naik ke Gunung Raya.

Thanks to our patient driver kak noni. Sanggup melayan permintaan aku suh berhenti kat marina ni kejap.


Dataran Lang. Panas terik nak amik gambar susah sebab matahari tengah naik.

Telaga air hangat. Dok merendam kaki yang letih.


Ini di pantai pasir hitam. Actually dekat dengan pantai yg kami singgah first day tu. Terima kasih la kat member sanggup melayan aku nak nengok ghupe pasir hitam tuh. Gambar kat atas tuh walaupun lelap mata nak letak jugak. itu bot nelayan yang baru balik.

Ini plak di pekan kuah on the last day. Shopping kali terakhir sebelum balik. Target nak beli grilled pan. Dah dpt grilled pan aku tak gerak dan dok lepak je tunggu derang shopping.
Alhamdulillah kat airport semua ok. Selamat smpai kat lcct tengah malam.

Insyaallah may nanti ke Langkawi lagi tp kali ni urusan keje. Now start buat list ape nak beli. hahahah kompol duit ok yati.

Sunday, January 09, 2011

Siri 1 - Jauh perjalanan luas pengalaman!

Tarikh : 2.1.2011
Destinasi : Negeri Sembilan, negeri ku tercinta.

Sebelum jalan jauh kenal negeri sendiri dulu yer Cik Yati. Maka hari tersebut adalah hari melawat muzium. Sempena dengan kedatangan Cik Zainab (housemateku) ke negeri sembilan.


Lokasi 1: Teratak Za'aba di daerah Jempol
Muzium ni mempamerkan koleksi Pendita Za'aba dari gambar2 peribadi, barangan dan karya penulisanya.


Lokasi 2: Istana Lama Sri Menanti di Kuala Pilah.
Disini boleh blajar sejarah asal usul Negeri Sembilan dan adat istiadat berkenaan Kerabat Diraja Negeri Sembilan. Sangat interested nengok gamba anak2 Yang di Pertuan Besar. hehehehe

Aku ni nama je dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan tapi ini la kali pertama seumur hidupku menjejakkan kaki kat tempat2 ni. Lepas ni bleh bawak mak ayah plak derang pun tak penah pegi lagi. Maklum la dulu susah nak berjalan.

Sunday, June 20, 2010

siaran tertunda: nisya wedding & trip mengejut


5.6.2010 - ke ipoh bertemankan kak zati & ira to attend wedding my ex-housemate merangkap ex-officemate Cik Nisya dan pasangannya Iwe di Impiana Casuarina Ipoh. Siangnya majlis persandingan di hotel. food sangat sedap. terutamanya kerabu mangga ngan daging dengdeng.
Blah malam pergi umah nisya join majlis potong kek. Bnyk sungguh aku makan satay. sedap la katakan. Thanks korang sebab provide penginapan sekali. Oh ya sorry pagi tuh sebelum check out tak sempat nak jmpa korang. sebab tetiba plak kan kami decide nak pegi cameron. so awal pagi dah gerak.

6.6.2010 - Yeayy gi cameron highland.Dah lama nak pi cameron drive sendiri. Nasib baik kami naik dari arah simpang pulai so tak de la tesangkut dalam kesesakan yg maha dasat. kalau tidak maun keras kaki kat atas tuh. Sangat puas hati ngan trip ni sebab boleh berhenti ikut suke.



cactus at our first stop. Rogi tak beli kat situ. budget nak carik kat kea farm tp tak jmpa plak yg lawa. pasal dah tak larat nak berjalan. Susah sangat nak carik parking kena parking jauh kat bawah bukit. nak pi pasar tuh kena jalan mendaki bukit. somput dibueknyo. nak shopping bnyk pun tak bleh. kawan dah warning tak mau tulun bawak pasal kena jalan jauh. huhuhuhu

This is our 2nd stop. Green View Garden. ade kilang chocolate kat sini. sempat gak merasa stoberi coklat cam lam pic tuh. tp mahal sangat compared to other places.


at this point dah rasa nak sesat smpat tanya sorang pakcik driver bus ni betul ke jalan ni naik atas lagi.
si ira pun beli map cameron tuk memudahkan lagi perjalanan kami. pic kat atas tuh eksen je heheh actually kak zati tukang baca map sebab dia dah berapa kali gi cameron. Awal tahun ari tuh pun baru je pegi.rose at rose valley.flowers at kea farm market if not mistaken. taman agro al mashoor. muslim strawberry park. strawberi smoothies dia sangat beshhhh

a must visit place in Cameron Highland.

k dah bleh balik umah. puas hati dpt begambar ngan pokok teh.
sebelum balik singgah sini jap.
lepas celup2 kaki kat lata iskandar ni baru pulang ke shah alam semula..habis dah kisah trip mengejut ke cameron highland kami. dalam kul 8.30 pagi gerak dari ipoh naik cameron n gerak balik jam 3 pm lebih.. thanks to ira yg jadi driver gantian on the way balik.


To ct aishah next time kita set ekk pi jalan sana. sebelum ko menamatkan zaman bujang ko. tido sana lagi syok kot lagi puas bejalan. sehari tak cukup dan kalau nak pegi tak mau pegi cuti sekolah gila crowded.

p/s: aku ade voucher penginapan di Sri Malaysia Kuantan date expired early August 2010. Apa yg menarik di Kuantan yer?



Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...