Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan jalan cari makan. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Jalan-jalan cari pasal

Cerita kali ni betul-betul jalan-jalan cari pasal. Hari ahad yang lepas plan dengan jufa & hani nak join derang nengok wayang kat e@Curve.

Nak di jadikan cerita dalam perjalanan nak kesana aku terlanggar seorang pakcik india ni yg bawa motor. Oh cuak giler masa tu.
Me" sorry uncle really sorry. Kenapa uncle berhenti?"
Pakcik " u tak nampak ke ada ular melintas?"
Me " hah ular? mana la sy nmpak. sorry uncle sorry. uncle tak apa2 ke"
Dia nengok motor dia and tengok keta aku. waktu ni kereta blakang dah hon-hon dah. sebab masa ni baru lepas trafic light.
Pakcik " ok, ok, tak pe u jalan je. "
Me " betul ni uncle?"
Pakcik " tak pe2 u jalan"
Me " tq uncle, sorry ye"
Fuh lega sungguh rasanya waktu tuh. tp perasaan ni dup dup tuhan je yg tau. Nasib baik dia tak jatuh. Disebabkan cuak ni smpai aku tesalah masuk parking area. Ingatkan dah betul masuk ecurve nye park alih2 thecurve yg aku masuk. Masa tuh dah jam 1pm dan wayang start 1.15pm. Nasib baik ada orang keluar parking so dpt la parking yg dekat ngan e-curve.

Motif utama ke e@curve nak nengok show nih.
2am 3D show. Daebak! Sebenarnya ni bukan movie tp live concert show in 3D movie. Besh sangat dengan sound system & pictures dia memang rasa mcm nengok live.
Tambahan plak 2AM ni vocal derang memang superb. Walaupun penonton tak ramai tapi still meriah juga. caya la IAM malaysia. Rasa tak puas nengok show ni mcm sekejap sangat. Ada rasa nak nengok kali kedua tp poket cam tak mengizinkan.

2AM 3D show ni pertama kali tayang kat malaysia. Kat philiphine dah ada tayang Super Junior SS3 in 3D. Kalau SS3 tayang kat sini sure nak pergi nengok.

Lepas wayang pegi makan kat kedai Sweetchap di Thecurve. Memula tak mau amik gambar then bila makanan jufa order smpai terus wooo misti amik gambar. Menu tulis speghatti with smoke beef something. tak ingat hehehehe. kalau ikut bahasa melayunya Speghati dengan daging salai masak lomak cili api.

Nampak tak yg hijau halus tuh. ha itu daun kunyit. boleh tahan la spegatti ngan daging masak lomak nih. podeh pun podeh. Ini betul2 fusion. east meet west!Yang ni plak durian pancake. Tip top! Sodap sehinggo menjilat garfu. Inti dia fresh cream & fresh durian. tak caya nengok sini.
siap ada biji lagi. sib baik kocik yo. Simple je pancake ni tp memang sodap. price pun affordable. RM7 something.

Tetiba plak bagi iklan percuma kat kedai tuh. Sebab dessert dia besh boleh share sini. Itu ajelah cerita utk kali ni jmpa lagi di lain siaran. Khamsahamida.

nota kaki: entri ni dah dok kat draft dah seminggu baru dipublish hehehe

Wednesday, September 28, 2011

Makan, makan dan makan!

Today lunch at Sweetree Restaurant di Ampang with Farah sebab kebetulan pergi office client kat nearby area. Ini kali ke2 lunch kat sini. Restoran ni offer 3 type of food Korean, Local & Western.

Menu kami order Ddukbokgi. Ini menu wajib. Recommended to all. Sedap pada tekak kami.
Main course Farah order dol sot bibimbap. Nasi dan sayur2an juga telor goreng.
Mine plak korean bbq beef. comes with salad & vegies. Waiter siap bg tau how to eat this food.
Don't worry selaku peminat tegar drama korea i dah tau cam ne nak makan. Kita kena wrap the sambal, nasi, beef dalam daun salad. Lupa plak nak amik gambo step by step hhehehe.
Kalau ikut korean betul ada aturan yg tersendiri. Ni baru blajar lepas nengok citer running man episod 53 tak silap. so sapa nak tau cara2 nak makan korean bbq ni bleh la tanya pakcik google.

oh ye! masa bayar tuh manager restauran ni suh try local food derang. For us buat apa datang jejauh nak makan local food kami lebih tetarik ngan korean food derang. local food mana2 bleh dpt. i pun bleh masak sendiri hahaha blagak plak.

okeh habis cerita lunch korean style. Kita terbang ke Japan plak for dinner. Fuiyooo mcm orang kaya je kan makan korean & japanese food. Padahal tak gaji lagi.

Dinner di Oshima kiosk di plaza alam central. Lepak & makan2 dengan Jufa & Caja. Misi utama nak bagi kek batik jufa. So alang2 lepak skali.

Menu aku hari ni Inari & softshell crab temaki je. Poket dah rabak lunch tadi. air pun order hot ocha je. Jufa plak order gyoza, inari & hot chicken ramen. Caja order unagi & sushi salmon mayo.
Oshima ni dah brapa kali makan tak ingat. Kali ni food okeh sume sedap. Lupa plak yg aku ni kena kurangkan seafood pi blasah makan crab. Maklumla susah nak jmpa softshell crab nih.

Kesimpulannya skrang ngan rasmi aku pokai! Bila la gaji nak masuk nih. Copek la skit.

Sunday, May 29, 2011

Sweetree & Super Junior M shows


Semalam hari yg penuh dengan aktiviti. Plan asal lepas kerja nak ke Putrajaya terus tapi waktu tu hujan. So my Mieza suggest pegi makan di Sweetree Restoran di Ampang. Main redah je ke ampang berdasarkan alamat dia jalan ampang putra . ni gara-gara program Jalan jalan cari makan tv3 la nih. Nasib baik ada Raudah dia yg bg guide mcm mana nak pegi jalan ampang putra tuh. Rupa-rupanya dekat je dengan office client kitaorang.


Interior & decoration di tingkat atas kedai. Kedai ni ada 2 tingkat. Cantik decorationya.


Above pic is food we order. We order 2 appetizer, 3 main course and 2 dessert. Appetizer: Cheese dduk bok gi & kimchi pancake. Sedap boleh ditelan especially dduk bok gi. Licin kami bedal. main course aku order bulgogi set with rice & kimchi, mieza amik bim bi bab and farah order kimchi fried rice. Bulgogi set tuh mcm sup daging rasanya agak manis bagi aku la. Kimchi kat sini agak masam compared kat Seoul Garden. Bim bi bap sedap sesuai tuk orang yg suka mkn sayur. Kimchi fried rice sedap di makan waktu panas. bila dah sejuk rasa kimchi dia kuat.
Dessert memang yummy. Sorbet orange & mango and pineapple sorbet.

Price quit ok. semua yg kami makan termasuk air arround rm98 kira ok la tuk 3 orang. Staf & Owner sangat peramah. Siap buka cerita pasal drama & pelakon korea lagi. Kalau tak de hal lepas tuh misti kami dah dok besidang hehehehe.

Next stop Putrajaya. Tujuan utamanya show Super junior M la. hehehehe Nasib baik ada sepupuku Siti aishah dpt tumpang solat kat opis dia yg betul2 sebelah main stage tuh.

Mula2 agak stress. jam 8 malam artist malaysia perform then lepas tuh kena menunggu lebih kurang 1 jam sebelum start SujuM nye show. Terpaksa bediri atas kerusi gara2 orang depan semua dah berdiri. kalau tak nampak bontot orang depan je la. Redha je la kata konsert pree.

This group actually a mandarin group. So most of the time they speak in mandarin. So my mandarin class at uitm agak berguna la this time walaupun skit2 je paham. hehehehe.


My bias for the day. Lee hyuk jae or Eunhyuk. Manjanya this one! kata serenaC. I likeeeeeeeeeeee. For the 1 hour show i think i become 15 years old girl. hahahahhaha

Lunch at Oshima Restaurant


Jumaat lepas lunch time kami makan di Oshima Kiosk di Alam Central. Tak ingat dah kali keberapa makan kat sini. This time i eat chicken katsu curry. Gyoza and inari sushi as side dish. Gyoza my favorite but this time Inari taste a bit sour. Tak sedap. Nanti nak pi makan sushi king plak la hehhehehe.
Posted by Picasa

Jalan-jalan cari makan

Kebelakangan ni suka sangat explore kedai2 makan baru kat area putra height dengan kawan2 opis. Baru-baru ni google adan jumpa restaurant nih Kassa Corner namanya. Location di Seksyen 10 putra height dalam housing area.

Menu di sini ala carte. Service cepat. Antara menu yang kami cuba.


Above: Ginger beef kueh tiaw. Pic on 1st day makan kat sana. Kawan yang makan kata masin skit. Hari tuh ada try makan blah malam. servis memang cepat. tp sayang rasa mcm kureng skit mungkin different tukang masak kot. sebab nengok kat kitchen dia ramai sungguh tukang masaknya.

Above: Nasi goreng belacan thai. Masin juga rasanya bagi i ni tapi kategori sedap jugak la.
Above: Cream puff. Ini sedap. suka kastadnya. Memula beli 2 je share 4 orang. then ingat lepas makan nak beli lagi tp datang sorang ni beli semua yg ada. nampaknya memang sedap sungguh.

So kengkawan mana yg nak cuba makan boleh la singgah ke putra height. tetiba plak wat iklan percuma. Belah siang tak ramai orang tp malam penuh kedai ni. Decoration pun cantik gak.
So kategori boleh recommend la.

Monday, September 06, 2010

Buka puasa di Oshima

Diam tak diam dah hari ke 27 kita berpuasa. 3 hari lagi nak raya. Tadi buka puasa ngan pn. nisya yang kesorangan. Destinasi pilihan di Restaurant Oshima yang menyajikan makanan Jepun. Jam 4 ptg tadi baru berkesempatan menelefon pn. niza dari Oshima tapi dah full. Tukar plan nak buka di secret recipe je. Bila smpai kat rumah tetiba Pn. Niza call bagitau ade orang cancell booking dan ade table kosong. Ada juga rezeki Pn. Nisya makan kat sana. Bagi aku plak ni 2nd time aku makan kat restaurant nih. First time masa ngan Jufa & Syaja.

Meh kita nengok menu apa yang kita orang makan tadi. Bulan puasa Oshima ada promotion buffet ramadhan - stimboat. Tapi tadi kami makan ala carte je.

Ni menu pertama : Okonomiyaki flavor seafood
2nd: Gyoza.
3rd : Ebi fry
4rd: Sushi : Tamago, Unagi & Ebi
Last ni aku mkn sorang hehehhe: Soft shell Crab Temaki
Ni plak bukti selesai 90% dari menu yang di order. Ebi kena tapau bawak balik.
tak larat dah nak perabis
Terima kasih kepada Pn. Niza atas layanan yang di beri. Insyaallah ade rezeki lebih kami datang lagi. Sesiapa yang berminat nak makan disini klik sini untuk maklumat lanjut. Di website mereka lengkap ngan menu dan harga makanan. Oshima ni ada juga menu masakan Thai.
Ni dah kasi promosi free kat Oshima nih hehehehe.

p/s- Ct nanti kita gi tau.
Nab thanks kasi pinjam laptop. :)

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...