Wednesday, October 26, 2011

Jalan-jalan cari pasal

Cerita kali ni betul-betul jalan-jalan cari pasal. Hari ahad yang lepas plan dengan jufa & hani nak join derang nengok wayang kat e@Curve.

Nak di jadikan cerita dalam perjalanan nak kesana aku terlanggar seorang pakcik india ni yg bawa motor. Oh cuak giler masa tu.
Me" sorry uncle really sorry. Kenapa uncle berhenti?"
Pakcik " u tak nampak ke ada ular melintas?"
Me " hah ular? mana la sy nmpak. sorry uncle sorry. uncle tak apa2 ke"
Dia nengok motor dia and tengok keta aku. waktu ni kereta blakang dah hon-hon dah. sebab masa ni baru lepas trafic light.
Pakcik " ok, ok, tak pe u jalan je. "
Me " betul ni uncle?"
Pakcik " tak pe2 u jalan"
Me " tq uncle, sorry ye"
Fuh lega sungguh rasanya waktu tuh. tp perasaan ni dup dup tuhan je yg tau. Nasib baik dia tak jatuh. Disebabkan cuak ni smpai aku tesalah masuk parking area. Ingatkan dah betul masuk ecurve nye park alih2 thecurve yg aku masuk. Masa tuh dah jam 1pm dan wayang start 1.15pm. Nasib baik ada orang keluar parking so dpt la parking yg dekat ngan e-curve.

Motif utama ke e@curve nak nengok show nih.
2am 3D show. Daebak! Sebenarnya ni bukan movie tp live concert show in 3D movie. Besh sangat dengan sound system & pictures dia memang rasa mcm nengok live.
Tambahan plak 2AM ni vocal derang memang superb. Walaupun penonton tak ramai tapi still meriah juga. caya la IAM malaysia. Rasa tak puas nengok show ni mcm sekejap sangat. Ada rasa nak nengok kali kedua tp poket cam tak mengizinkan.

2AM 3D show ni pertama kali tayang kat malaysia. Kat philiphine dah ada tayang Super Junior SS3 in 3D. Kalau SS3 tayang kat sini sure nak pergi nengok.

Lepas wayang pegi makan kat kedai Sweetchap di Thecurve. Memula tak mau amik gambar then bila makanan jufa order smpai terus wooo misti amik gambar. Menu tulis speghatti with smoke beef something. tak ingat hehehehe. kalau ikut bahasa melayunya Speghati dengan daging salai masak lomak cili api.

Nampak tak yg hijau halus tuh. ha itu daun kunyit. boleh tahan la spegatti ngan daging masak lomak nih. podeh pun podeh. Ini betul2 fusion. east meet west!Yang ni plak durian pancake. Tip top! Sodap sehinggo menjilat garfu. Inti dia fresh cream & fresh durian. tak caya nengok sini.
siap ada biji lagi. sib baik kocik yo. Simple je pancake ni tp memang sodap. price pun affordable. RM7 something.

Tetiba plak bagi iklan percuma kat kedai tuh. Sebab dessert dia besh boleh share sini. Itu ajelah cerita utk kali ni jmpa lagi di lain siaran. Khamsahamida.

nota kaki: entri ni dah dok kat draft dah seminggu baru dipublish hehehe

No comments:

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...