Showing posts with label farmville. Show all posts
Showing posts with label farmville. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Update: Mini Kebun

Lama sungguh tak cerita pasal kebun kat sini. Sekarang mood bekebun dah hilang seiring ngan mood malas masak bwak bekal ke opis. Minggu tergerak nak kemas pasu-pasu yg kat depan umah. Lepas tu mengalihkan kaktus ke pasu lain. Sebelum ada yang mati lagi.

Alhamdulillah misi berjaya. meh le nengok gambo tanamanku yg kurus kering ini.
Pokok limau purut masih bertahan walaupun bnyk kali diserang ulat bulu. Yg mcm rumput tuh daun kucai. Ini pokok sayuran yg masih hidup. Dalam 2 pasu kosong saja semai benih sawi kot2 maun nak hidup. Bleh makan sawi pas nih.

Kat bawah ni plak pokok2 kaktusku.
Tinggal 5 jenis je yang lain sume sudah mati. Temasuk yg kat opis.
Nanti nak tambah koleksi lagi.

Kebun kat blakang yang tinggal pokok terung & cili api. Tp lupa plak nak amik gambo lagi pun agak semak so malula nak tayang kat sini. hehehehe.
Ok tamat sudah edisi kebun jumpa lagi dilain siaran.

Wednesday, May 04, 2011

My mini kebun picture

just want to share pictures of my 'mini kebun'
all the pics taken in Mar & April

L: Daun bawang R: Terung
Terung agak bnyk hasilnya.


L: Kucai R: Bendi.
Bendi byk betul hasilnya tp slalu lambat nak petik so tua kat pokok jadiknya



L: Cili besar R: jagung.
Jagung sempat buat sekali je. dpt gak la merasa hasilnya.


Saturday, November 27, 2010

i'm back

Lama gak tak update blog. Sibuk nak menghabiskan exam malas plak nak menulis kat sini. Alhamdulillah selamat menghabiskan sume paper. Sedikit kecewa dengan diri sendiri sebab untuk paper LAW tak buat betul-betul. Boleh di katakan semua soalan yang keluar exam semuanya telah di highlight oleh lecturer. Tapi biasa la aku bila gap banyak bukan nak study sibuk layan cerita korea huhuhuhu. Sempat khatam cerita yuhee the witch. Harap jawapan aku boleh diterima pemeriksa. Tak dapat A pun tak pe, as long as no repeat paper .

.

Dalam tempoh ni macam-macam gak berlaku. Ingat lagi tak ikan laga aku. Akhirnya mati jugak. Sayang sungguh. ni sume gara2 aku pegang ekor dia la nih. terus lembik dan selang beberapa hari mati terus. Buat masa sekarang malas dah nak bela ikan.


Projek tanam menanam plak semakin bekembang. Housmate aku kak Yah & Zainab join sama.
Dengan kak yah kami buat projek tanam tembikai. Mula-mula mcm succes bnyk anak yg tumbuh tp since lepas cuti raya haji bnyk yg mati maybe sebab panas. ni pun semakin kurang pokok yang tinggal. Hope sempat la kami merasa hasil nye. Dengan zainab plak projek tanaman cili besar. so far so good. Tapi pokok cam lambat besar je.


Akhirnya pokok tomato aku mengeluarkan buah nya. Balik dari raya haji nengok ade sebiji. Tadi baru perasan ade sebijik lagi. Puas hati nengok berbuah jugak. Walaupun hanya 2 biji je. pokok pun nengok dah kering semacam je.


Gambar kat atas ni kiri tuh daun kesom. kering je tak tau cam ne nak gemukkan. kanan pokok tembikai yang cerita kat atas tadi. Takat ini je tuk hari jmpa lagi kemudian hari heheheh

Friday, October 01, 2010

Farmville progress

Gambar sebelum cuti raya


Dan dibawah ini yg terjadi selepas ditinggalkan seminggu masa cuti raya

Kondisi semasa:
kangkung - out sume dah tk mau naik, yg tanam tanah abis di makan belalang. sempat la jugak merasa kangkung goreng.
parsley - habis mati, tinggal pasu je.
cili api- yg hidup tuh sume daun gugur, yg kering tuh alhamdulillah dah stat nak hidup balik.
tomato-segar bugar gemok sungguh pokoknya.
Daun bawang - mati jugak

Next project -mau carik anak pokok lemon dan vanila. Dah tau kat mana nak beli. tp yang ni mau tanam kat kg suh ayah yg tanam ehehhehe.

Saturday, July 24, 2010

Update: Farmville project

ni nak share progress hasil tanamanku..

yg atas ni pokok limau purut. beli je kat kedai.


ni pokok cili beli kat cameron.





ni plak pokok2 cili yg aku semai dari cili yg beli dok wat masak tuh.
alhamdulillah 5 pokok masih hidup.

ni pokok kangkung. bila tak bleh makan. halus je daunye..


yang ni plak pokok kuchai @ chinese chives.
baru nak tumbuh.



yang 2 pasu ni plak aku semai benih daun sup.
hopefully panjang umur.. senang nak buat sup.


ni yg kelabu asap nih. pokok tomato. benih dari buah tomato housemate aku beli..
cepat gak tumbuhnye.. hope panjang umur..

Sunday, May 23, 2010

upadate on farmville




ni pokok cili dah di transfer ke pasu baru.
sian pokok tuh kurus kering..
nanti nak kena beli baja kasi gumuk cam den huhhuuhu
hopefully panjang umur la pokok ni.



ni plak kaktus yg baru dibeli..
penah jmpa kaktus jenis ni kat umah client
suka nengok anak2 dia tumbuh tepi2 yg besor.
kebetulan nmpak kat tesco time beli tanah
apa lagi terus sambar.

Sunday, March 28, 2010

farmville project

entry sebelum ni aku ade sebut pasal farmville projek aku
setelah beberapa hari menanam
akhirnya tumbuh gak..
actually tanam 3 jenis
jagung, tembikai & cili.
tp jagung cam tak nak menjadi je..


ni pokok cili api..
benih dia amik dari cili yg beli kat supermaket tuh je..
tanam dlm pasu je
bila dah besar skit nanti baru alih ke tanah..


ini plak pokok tembikai..
beli beli kat giant..
tanam kat blakang umah..
hopefully bleh survive dari gangguan siput bab*
banyak gila binatang tuh lagi2 kalau lepas hujan..

k nk sambung wat assignment ctu aku
tajuk " hak asasi manusia dan pelaksanaanya.
Adakah ianaya menguntungkan umat Islam di Malaysia"
bila la nak ubah tabiah wat keje last menet nih..
huhuhuhu adios..

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...