Friday, September 29, 2006

Demi keselamatan diri & keluarga

Entry kali ni aku nak kongsi email yg aku dpt dari Erin. Marilah sama kita perhatikan aspek keselamatan di sekeliling kita. Tambahan plak musim perayaan yg akan menjelang tiba tak lama lagi. Meh kita nengok..

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

** erkk... aku ske gak buat tebiat tido kat ruang tamu nih..

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,mereka akan menundukkan kepala).

*** penah gak berlaku masa aku dok menyewa dulu seminggu lepas tuh rumah kami di pecah masuk... :((


9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kitadan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, janganbenarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilankecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphoneanda.Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuatpanggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atauautomatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secaraautomatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box ygpenuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yangkerap di kawasan anda.

***ermmm ni bleh pakai ke.. dulu masa kami wat report umah kena pecah masuk mcm tak pecaya je.. dtg nengok pun tidak.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkanpencuri).

*** ni aku percaya.. berlaku pada officemate aku.. kereta wira dia kena curi depan ofis.

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikuncidari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan andaperlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katilanda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepitingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamatberi pada jiran yang kita kenal rapat.

**** kat kg slalu guna tektik nih... kena ubah nih..

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana taubekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing

Wednesday, September 27, 2006

Happy Birthday...


Happy birthday to you..
happy birthday to you
happy birthday to EMILIA
happy birthday to you..

Milia selamat menyambut ulang tahun yg ke 24.

Semoga hari2 yang mendatang di harungi dengan tabah.

Good luck & all the best in your life.

Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Tuesday, September 26, 2006

Balik kampung

Jumaat lepas aku bercuti nak balik ke kg. Malam Jumaat tuh aku dah dup dap dup dap! Takut.. nervous sume ade. sebab pertama, kena drive sorang pi batu caves amik adik aku. ke 2 aku tak ingat jalan sebelum pegi blah malam pah tu sesat sesat lagi.
Pagi jumaat tu tawakal je.. siapkan masukkan barang lam keta sume dengar amanat pak lang.
Jgn bawak laju ! Jgn ikut keta depan rapat sangat !
Sebelum gerak tepon adik aku mintak direction balik. maka gerak la aku.. tp destinasi petama ke giant melawati jumpa cik Pah nak hanta kek ceklat yg dia pesan.
Cik Pah amacam sedap tak ?? sila beri komen anda ekk..

Lepas tu aku mulakan perjalanan menuju ke batu caves .. jalan straight je kata adek aku..
aku pun ikut je la... bila rasa dah jauh jalan nengok signboard.. kuantan.. uia.. gombak..
aik!!!! tarak pun batu caves..!!!
dlm hati aku .. arghhhhh aku dah sesat ke? rileks... adik kata jln terus je.. nanti nampak papan tanda batu caves.. tawakal je alhamdulillah smpai.. walaupun ada rasa dah nak nangih huhuhuhu
aku ni memang penakut skit..
lepas amik adik aku pun terus kan perjalanan jenuh plak nak carik signboard seremban...
kalau dari s.alam senang je ikut elite tuh.. sib baik tak telepas simpang.
kat highway ok la keta tak banyak.. tp masa tiba kat area nilai.. memang buat aku gabra..
JEM!!!!!!!!!
Jenuh gak kaki ni.. aku takut mati enjin.. menda yg aku takutkan memang pun terjadi.. mana tak nye jem kat kawasan yg berbukit skit.. aku ni baru lagi driving ni skill tak banyak lagi..
so aku bantai tekan minyak huhhehheheheh
teringat pesan kak meera " tekan je minyak biar enjin menderum" :D
Bila tiba kat depan tuh baru la tau punca nye.. ade lori tebalik.. lepas tu trafic dah lancar balik..

cuma bila tiba kat seremban tuh la aku a bit konpius pasal ade construction..
planning asal nye nak amik exit senawang..
tp bila dah jln tuh nampak simpang tuh aku terus masuk je..
bila kat tol aku rasa pelik asal tol ni murah plak??
Jalan terus carik signboard k.pilah.. asal jln ni len macam??
adik nak lalu mana ni atas ke bawah?? tanya aku.
mana aku tau . jawab dia.
blasah la labu....
jalan punya jalan nengok keliling memang sah bukan senawang.. apetah lagi nampak bangunan hospital .
arghhhhhhhhhhh salah la plak.. dah la jln jem plak.. suma pasal nak wat highway baru arr...
tepaksa la masuk bandar plak.. sib baik tempat biasa lalu so ingat la jln..

Bila dah smpai seremban ni debaran aku makin kuat...
BUKIT PUTUS !!!!!!
ni aku gerun..
mcm2 doa baca.. supaya selamat mengharungi jalan yg beliku-liku-liku-liku itu...
aku ingat pesan ayah.. pakai gear 3 je.. aku pun bantai la gear 3 je..
jln ari tuh banyak gak kereta tp tak la tahap jem.. cuma jadik slow sebab lori ade kat depan..
alhamduillah lepas je harungi bukit putus baru suh adik aku tepon mak bg tau dah selamat lalu situ..
Mak aku paling risau bila tau aku nak drive balik kg.

lebih kurang 3 baru smpai umah..
bila ayah aku balik keje terus tanya..
hah putuih ko lalu kek bukit putuih tu?? huhhuhuehehhe tak do arr. selamat .. angah ikut ckp ayah arr gear 3 yo :D

Sabtu
mak ngah aku wat kenduri kesyukuran.. anak dia dpt rezeki lebih.. Tahniah kek "Bujang" tecapai dah cito2 ehh nak jadik pemain bola profesional. Tak sangko kawan den begaduh dulu dah jadik kebanggoan owang kampung.. Hoben Jang hoben!!!!!!!!!!

Cian dio ari tuh n9 kalah... tak po jang ekau tak salah.. pasal ekau tak main mlm tuh...hhehehehehehe khabar ehh dio menangih sobab tak dapek beraksi mlm tuh gara kad kuning dah telebih kumpul.

Ahad
Pagi dera adik basuh keta.
hahahah padan muka..
kul seblas dah betolak balik..
singgah senawang bg lauk kat along..
copek bonar balik kobar ehh..
sajonyo nak elak jem.. den ni kan amatur laie huhuhuhu
on the way ke batu caves aku ilang sabor skit main cilok je...
so kat Encik/abang/adik/pakcik/Dato yang drive avanza merah mintak maaffff banyak2
saya dah bg signal lama tp tak diberi laluan.. so sy ilang sabar :D
maaf..
bahaya tul perangai aku nih... next time tak buat lagi... swear!!!!!!!!!
alhamdulillah jalan clear yg amat... so kul 2 dah smpai melawati :D

mlm tu aku kepenatan.. tak penah drive jauh2 dah tu tak benti plak.. sakit kaki dibuatnye..

k la akhir kata "selamat menjalani ibadah puasa"

nota kaki ayam : Nanieeeeeeeee aku bejaya drive naik bukit umah aku tuh.... walaupun mak aku tak kasi aku yg drive tuk naikkan keta tuh.. alahamdulillah :)

Thursday, September 21, 2006

abdah ni aku update !!!

Di atas permintaan sahabatku abdah.. ni aku "update" la skit tentang ape xtvt aku baru baru nih...
Jumaat lepas ke?? tak ingat la pastinye ari Jumaat huhuhuheee aku ngan kak su menapak ke carefour. Perancangan awalnye nak duplicate kunci je. Alih alih dok merayap smpai kat ruangan nursery tuh bling bling otak memasing dah mula nak membeli pasu pasu tuk mengalihkan bunga2 yg di beli kat Cameron ari tuh.. Sudahnye siap beli tanah2 lagi.. merengkeh la 2 org budak tuh bawak balik ke opis.. masa dok jalan tuh baru la nyesal ade keta tak mau bawak...
petang tuh jugak kak yu plak pi beli barang2 tuk alih pokok dia. Balik umah terus godak.. maka ni la hasilnye....

cube teka tangan sape???

Cian bunga ros aku.. hampir mati kering huhuhuhuuhuh nasib baik bleh di selamatkan lagi huhuhu


yang kat atas ni plak kek tuk abg fizi suami kesayangan Kak Yu.. Belated besday cake huhuhu... kat sini aku nak citer kisah yg terjadi masa nak hantar kek nih. ikutkan aku & siti tak nak hantar, nak suruh depa datang umah pak lang je... tp si dekwan plak boring katanye.. ikut nak pi carefour pagi tuh tp tak jadik. si dekwan ni la beriye nak pi antanye.. memula pi isi minyak dulu.. siap wat u-turn semata2 nak carik shell... alkisahnye nak keluar dari stesen minyak tuh aku dah kena hon.. huh sib baik aku tak panic.. alhamdulillah selamat arrhuhuhu cuak kejap dekwan... tak abih abih dia ckp kat aku bwak slow slow je.. memanng slow pun aku bwak bukannye laju.. takat 60-70 je huhu on the nak ke umah kak yu tuh nampak shell sebelah kiri.. aku pun dok ckp ngan dekwan.. huh kalau tau tadik tak dela nak wat u-turn gi shell sebelah sana tuh.. smpai ke hon.. dia pun gelak je ...

Petang tuh balik dr umah kak yu pi singgah nusery lagik hahhahah gila borong bunga plak.. aku smpat smbar kaktus satu lagi bg mengantikan kektus aku yg dah mati satu... kak yu beli cili ngan lidah boya.. siti bejaya ku hasut tuk beli roses yg pink ituhh.. huhuhuhu

Smpai je umah kami pun mengodaknye.. huhuh tp tak amik gambo plak.. lepas tu nak basuh aquarium yg aku amik dari umah sewa s.alam ari tuh. perancangan nye nak letak ikan kaloi.. dengan semangat yg bekobar2 aku ngan kak yu dok kuarkan batu2 kat dasar aquarium tuh.. maka dengan itu terlihatlah kami dasar aquarium yg dah retak uwarggggghhhhhhhhhhh cayangnye............. dah la baru lagi beli... dah retak.. tak perasan bila plak retaknye..... terus tak leh pakai...

uik banyak lak ngarut kat sini.. k la nak stop dulu babaii.. mau smbung wat keje..

note : segala gambo dlm entry ini di kidnap dari blog kak ayu :D

Thursday, September 14, 2006

Pictures WAJA Family Day 2006: Cameron Highlands

@ Sg. Palas Tea Plantation





Orang lain sibuk beli teh kami sibuk makan strawberry chocolate :D thanks Along

Depan hotel sebelum mulakan aktiviti lawatan


@ cactus valley

Friday, September 08, 2006

berlalu sudah masa yg di tunggu

baru hari ni aku berkesempatan nak mengapdet blog.. ni pun time lunch.. huhuh kak sue pinjam pc sat :D ..
diikutkan hati banyak menda nak cerita di sini.. tapi tak dan nak tulis semua..
sekang ni di ofis s.alam misti masing masing sibuk ngan gambar masa di cameron ari tuh..
aku nyer kodak tak abih lagik.. ni sume gara gara simpan nak amik gambo bebanyak kat ladang teh la.. simpan punye simpan alih alih tak pegi pun turun kat ladang teh tuh takat amik gambo kat blah atas sg palas tea plantation tu je.. frust tol...
sib baik dpt mkn "strawberries chocolate" Thank Along & K.jija :D

memula pegi sana aku nekad tak mau beli bunga.. alih alih beli gak.. huhuhu tp sedih kami di tipu.. katanye bunga kering dah awet kunun tp dak pun.. apa mau buat excited lebih huhuhuhu

Cameron dah lepas ni nak citer pasal pindah umah..
Pergh penat tak yah ckp la... mana tak nye penat pi cameron pun tak ilang.. sok pagi nye terus bekemas tuk pindah plak.. thank you bebanyak kat abg LODEH n ejal.. sebab tulung angkat barang.. sib baik isnin aku amik cuti.. petang tu lepas siap kemas baju aku kuar dulu ngan dekcik nak poskan remote tv yg aku telupa nak anto dulu.. sempat gak singgah giant beli ape yg patut :D
dok sini tegugat skit wallet.. tempat membeli dekat yang amat.. dugaan betul .. baik opis baik umah..

blah malam tuh pegi servay opis.. almaklumlah aku tak penah jejak kaki kat branch kl nih..
tq kak yu & abg fizi.. mlm tu sempat lagi singgah umah kak linda huuhu penat tul panjat tingkat 5 naik tangga .. lepas tuh aku ajak lagi ct ngan dekcik servay jalan opis.. masa 2nd time nih hampir2 excident. gara gara satria bengong sesuke hati dia je reverse ngan jln tuh bapak dia punye ke.. sib baik sempat lagi brek.. kalau tidak tak tau lah ape jadik.. syukur alhamdulillah..

selasa.. dup dap dup dap.. pasal aku kena drive sesorang pi keje.. seram sejuk gue.. alhamdulillah smpai gak...
kat opis.. aku cam segan skit ahahhaha poyo tul.. padahal bukan tak kenal dia org. muahhahahha
kat sini pc aku guna bengong.. skit.. slow plak.. elok gak tuh tak leh la aku nak online selalu.. tp yg payah nye bila bab buat keje.. jenuh..

petang tuh drive balik okeh.. tp bila part nak parking ni sedihhhhhhhhh
uwargggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
nanieeeeeeeeeee itam dah cedera................................... tu sume silap aku arr.. sape suh tak amik side nak masuk parking tuh.. dah calar keta tuh.. konfem tak ilang punye melainkan cat balik uwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedih...

rabu pi traninng excell.. huhuh quit boring sebab bnyk menda dah tau.. maklumla amik kelas beginer n intemediate.. bila smpai part aku tak tau tu baru interested skit.. baru segar skit bijik mata nih...:D balik dari training tuh selamba aku je join ms lee ni ke monorail..
jenuh nak bejalan lenguh kaki.. mlm tu masa nak kuar main bowling kaki aku dah mula nak krem.. adoi.. ni gara gara dah lama tak jln kaki... malam tu sempat la aku, kak yu, siti, dekcik ngan kak linda membowling kan diri kat flamingo..
mlm tuh first time aku main dpt score 100+ memang pecah rekod main dua2 game score 100+ selalunye juara longkang je.. tp total score aku still belakang kak yu ..
sudahnye kamis tuh kat training rasa penat gile.. dah la pegi tuh kena jln jauh tukar naik train.. penat.. alhamdulillah dah abis n dpt sijil.. hopefully bleh juin kelas advance plak.. maklumlah keje sekarang ni banyak pakai excell.

Jumaat masuk opis plak.. tinggal aku ngan dak prektikal je. pasal kak su ngan odah pi hq ade meeting..
banyak betul aku kena blajar pasal keje baru nih...
banyak scope kena tahu..
chayokk chayokkkkkkkkkkk...

babaiiii assalamualaikum

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...