Thursday, March 28, 2013

Visit Korea Day3: Petite France (Siaran tertunda April 2012)

Anyeong... kembali bersiaran dengan cerita kembara ke Korea yang tak sudah sudah di apdet nih. Trip April 2012 ni lagi beberapa hari dah nak masuk Apr 2013. baru tehegeh  hegeh nak apdet citer lapuk nih kekekeke. tapi suke hati i la kan ni blog i. kkekekekeke.
Selepas melawat Nami Island destinasi seterusnya adalah Petite France. Mungkin tak ramai yang kenal tempat nih. Petite France ni perkampungan ala Perancis. Bagi peminat peminat Running Man dan 2PM misti ingat derang ada shooting 2 episod Running Man di sini. Waktu tu Khunnie & Taecyeon jadi artis jemputan. Bagi peminat drama misti tau sebab Beethoven Virus & Secret Garden pun ada shooting kat sini. Sila klik sini tuk maklumat lanjut bekenaan Petite France nih. 

Dari Nami Island kami naik cab ke Gapyeong station semula sebab nak naik Gapyeong Tour Bus. Tambang bas ni 5000won. Sementara tunggu bas sampai lepak kat office tourist centre tuh. Sempat gak borak ngan petugas kat situ. Dia cakap tak ramai foreigner tau tempat ni sebab tak glemer cam Nami. Sembang la itik ayam ngan ahjuma tuh tekeluar la citer Running Man. Dia tanya minat sapa aku ngan laju je "Yoo Jae Suk".. cam tekejut gak dia aku main sebut je nama Baeteukgi ni.. Maklum la Korean ni pantang dia banyak bila yang muda mudi kena hormat yang tua. sepatutnye kena sebut "Yoo Jae Suk-ssi" Miane ahjumma!


Heater tuk panaskan badan. Maklumla suhu sejuk gak kat luar.
Naik bas ke Petite ni dalam 25 min. Dalam bas ada Tour Guide brief pasal Gapyeong dalam Hanggul. So buat2 paham sambil melayan ngantuk. Amik kesempatan lelapkan mata jap kekekekeke. Scenery sepanjang perjalanan memang menakjubkan. SUBHANALLAH. Sepanjang jalan di lereng bukit penuh dengan cherry blossom. Bahagian bawah tuh plak ada tasik.

Hoyeahhhhh sampai gak
Entrance ticket : 8000 won (adult)
Akhirnya dapat juga jmpa bunga tulip kat sini.
Gambar gambar Running Man yang shoot kat sini.

Berangan jap konon2 main piano kekekeke
Run while u can! sebelum sampai aku ngan jufa dah target misti amik gamba kat tangga ni.  Tempat wajib  maklum la Khun n Taec lari lari kat tangga nih. hihihihi
Sepanjang kat Petite ni aku tak jalan sangat. Tempat ni di lereng bukit so banyak kena mendaki ngan panjat tangga so aku pass bnyk menda kaki tak larat kekekeke so pusing2 kat bawah je. Mana2 check point ada cop. so kalau bawak buku ke kertas ke boleh la chop setiap tempat yg kita singgah tuh.


Jufa yang gigih! Panjat smpai puncak. Aku zoom pic dia dari bawah je kekeeke
 Dlm Running Man team yg bejaya ring bell ni  bejaya dlm mission. 

Nampak tak 3 org yg bederet tuh. itu la kami yg tak larat nak panjat bell tower nih.
Jufa zoom dari tower.
Group photo. Sib baik ada korean girl yang sudi amikkan gambar.
sporting budak2 tuh suh kami tukar2 pose lagi kekeke.
tu dia poster besar  cerita2 yg shooting kat sini.  me try to point "Baeteukgi"

Sambil tunggu bas sambil posing. View cantek sangat kat blakang tuh. 
Waktu nak balik ni memang agak menguji kesabaran sebab terpaksa tunggu bas dalam ujan renyai2. Sejuk yang amat. Tour bas lambat sangat jadualnye lepas dah tunggu lama lalu bas domestic. So naik je la dari tunggu dalam hujan kan. Tambang bas tuh 1000won. Time ada masalah komunikasi dengan driver bas. Akhirnya bas behenti kat station bas terus. Sib baik ade satu couple sudi membantu kami. Korean guy ni google map then suruh kami snap gambar so senang tunjuk je kat driver teksi.

Direction dari stesen bas ke stesen keretapi yang terdekat.

Cheonpyeong train station. 
Akhirnya selamat tiba ke stesen keretapi terdekat. Selamat kembali ke Seoul. Selesai perjalanan hari ke 3 ke  Nami & Petite. Bersambung plak nanti cerita di Itaewon.

P/s : sib baik si Jufadilla dah update blog bleh gak recall cerita dari entry dia.



10 comments:

Izzie said...

lawak la yatt ni. mmg genap setahun punya cerita.

hahaha.

Yatt said...

hahahah nak pegi tahun ni mcm tade harapan so kita hapdet la citer thn lepas yg abis story nih. bekurun tau dlm draf entry nih.

Masy said...

yatt gi sane brape eh bajet duitnye?

Yatt said...

kak masy

Based on costing saya tiket flight (KL-icn)(gimpo-jeju), accomodation(seoul dan jeju), addmisiion fee, transport cost dan makan minum sume roughly dalam =rm3000

Tu tak masuk shopping la.

Yatt said...

Lupa kena ingat kami jalan sendiri without any agent or tourguide. then pergi berempat so save bila share bilik dan tambang teksi. sebab kalau kat jeju kami sewa teksi tuk 2 hari travel.

Masy said...

ooo.. yatt kat sane brape hari?

Yatt said...

kami kalau masuk travel day 8 hari. tp kalau betul2 jalan kat sana 4 hari, kat seoul 2 hari kat jeju. sebab flight pegi petang smpai dah malam. then flight balik kul 8 pagi dari sana.

Ako Retna said...

best nya dapat gi sini...
arghhhh rasa nya kena ripit balik ni travel korea hehehe

Yatt said...

jom jom sy pun nak repeat gak nih.. bnyk list tak fulfill lagi.

شركة المثالي سوبر said...

شركة رش مبيدات بالقطيف 0541706873 مكافحة جميع الحشرات

شركة رش مبيدات بالظهران 0541706873 ابادة الحشرات بضمان

شركة رش مبيدات بالدمام 0550171619 القضاء التام علي الحشرات

شركة رش مبيدات بالدمام 0550171619 القضاء التام علي الحشرات

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...