Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Blueberry Cheese tart lagi


Kali ni nak menghabiskan stok creamcheese dalam peti ais. Buat crust nipis sungguh sebab nak dpt banyak. resepi amik dari myresepi.com ringkas dan mudah. terima kasih kepada pemilik resepi tak ingat nama la plak hehehe. Minta maaf la sedikit comot maklum la amatur. Lepas tuh tak guna acuan tart pun blasah guna loyang cup cake yang kecik tuh je. Maklum la acuan tart aku ada 12 biji je. jenuh nak tunggu sejuk nanti.

Oh yer masterchef malaysia dah start tayang. Pelakon pojaan ku zaman skulah ada masuk. Go Ary Malik Go! Fighting!

Edited: Resepi blueberry cheese tart
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
*** me kalau buat skip lemon & telor untuk filling.

Untuk makluman resepi ini di copy paste dari myresepi.com. tuan punya resepi ialah Haz amon boleh klik nama tuh utk link ke myresepi dan baca laporan orang2 lain yg dah cuba resepi nih.

Saturday, August 13, 2011

Blueberry Cheese tart

Hari ni bosan tinggal 2 orang je kat umah sewa ni. dah dekat nak buka tadi blasah buat cheese tart. Resepi pastry amik dari myresepi.com tak ingat plak sape owner dia. Resepi ni officemate yg bg. Untuk cheese tak ikut pun resepi tuh. pasal nak abihkan baki cheese yg buat topping redvelvet ari tuh. Defroze then tambah telur n esen vanila. Sib baik rasa pun okeh.
Buat 2 size. actually resepi tuh kata dpt 10 biji. alih2 dpt lebih. so yg lebih tuh gna acuan cupcake comel je. rupa nye tidak cantik tp rasa ok la boleh tahan hahahaha

Popiah goreng

My version. Teringin sangat ari tuh so buat tuk berbuka hari rabu lepas. Dpt dalam 20 biji je. Popiah ni resepinya based on apa sayur yg ada je. Inti guna kacang panjang, karot & kobis. aku suka tumis dulu sayur2 ni. Kali ni tumis ngan bawang putih, bawang merah & sedikit halia.
Untuk sos bhn dia cili kering, bwg puteh, sedikit cuka, air, sedikit sos cili dan garam gula tuk perasa.





Wednesday, August 03, 2011

Salam Ramadhan.

Hari ni sudah 3 ramadhan. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari thn sebelumnya. amin.

kali ni nak share cubaan pertama buat chinese dumpling @ potsticker.
mintak maaf la gambar nye blur. guna camera handphone saje. Dumpling ni sama mcm gyoza makanan jepun. Rupa sangat tidak cantik pasal tak reti nak klim tepi dia. Resepi sy ambil dari website ini thanks to blog kakak ini yang share this link.
Next time nak buat lagi. tp mcm nak adjust skit kasi pedas baru ada kick

Friday, July 29, 2011

1st trial: Redvelvet cake

Kali ni nak share picture my 1st trial baked red velvet cake. Ini pun buat sebab ada pot luck kat opis sempena last day our contract staf. Start with pic yang ok dulu. Kendian baru nengok yg horror okay. hehehehehehe
Ini ghupe kek setelah selesai separuh. Frosting nye of cos la cream cheese. sangat menyelerakan smpai aku pun menjilat pemutar kek tuh syg kononnye taknak membazir. tak ingat bilangan kalori yg beribu2.


Cubaan bakar dlm cupcake comel lote. senang nak control dpt maintain ke'moist'san nye. Ini jadi pilihan ramai pasal kek comel frosting lebih.


Cup cake sebelum di frosting.Okay gambar horror bermula. Kek yang membukit. gara2 kejap2 bukak pintu oven la ni. ditambah plak kesilapan membaca resepi. so extra soda bikarbonat.

1st batch yg dibakar. hangus! gara lama sangat & suhu tinggi.
Aku ni memang ada history ngan kek yg perlukan kaedah bakar membakar nih. tidak brpa nak yakin. so ini la hasilnya. Next time try lagi .

So raya nanti pasti ada red velvet dirumah. Prektis smpai terror huhuhu. Oh ye resepi yg aku guna dari web myresepi.com

Tuesday, July 05, 2011

Apam Polkadot

Sekarang ni rata2 blogger upload pasal apam polkadot. I pun teruja sama nak try. So last week berjaya jugak buat masa kat kampung. Resepi yg i guna dari resepi shelly di myresepi.com.

Kebanyakan cubaan polkadot tak jadik. Transform jadik apam mekar. Mak kata lawa gak. Ni gara2 lama sangat kukus.
Akhirnya berjaya gak buat afew polkadot cam orang lain.

see the different. I kukus guna small cup yg mak guna tuk buat apam beras. Lepas ni nak pi cari lagi cup kecik2 comel ni. nak buat koleksi sendiri plak. Sesiapa nak cuba sila ke myresepi untuk dptkan resepinya. Malas nak taip kat sini hehehe.

p/s-sila abaikan gambar yg blur. mydigital cam dah kaput. just pic from hp.

Saturday, June 18, 2011

Spaghetti my version

Hari ni tekak ni teringin betul nak makan spaghetti. So petang tadi balik office terus singgah hero beli barang2. Kali ni nak try letak bahan lain. Apa dia jeng... jeng .. jeng..

see terung yg sangat curvy di atas. Ni bahan2 sebahagian bahan2 yg digunakan.
Resepi i main campak2 je. Before this penah nengok kat tv ada chef mat saleh masak letak terung. so kebetulan kat umah ni stok terung ada kat pokok so cuba la letak.

Bahan yg digunakan : Bawang besar, bawang putih, tomato, capsicum, carrot, TERUNG, daging cincang, cili boh, cili sos, serbuk paprika, mix herbs, oregano, black pepper. Tak lupa garam tuk perasa dan minyak zaiton utk menumis.

Bahan kat dlm gambar di atas di potong dadu. Setelah ready semua bhn maka sessi campak mencampak bermula. Kasi tumis cili boh, bebawang dulu then masukkan terung bg saute kata orang puteh. lepas tuh i campak sume dalam kuali kasi mendidih smpai masak. Hari ni telebih air plak lepas tuh malas nak tunggu kering. so makan aja la.

So ni hasilnya. skali imbas color cam mee kari plak. tak merah pasal tak letak tomato puree pung. Masak tuk tekak sendiri makan so blasah je hehehehe.

Sunday, February 20, 2011

resepi Macaroni Sup

Resepi ini di request oleh sahabatku Nisya. Resepi yg sy share ni takde sukatannya just ikut sukanya je campak2 je. hehehehe:

Bahan-bahan : Bawang merah/besar, Bawang putih, Halia, rempah sup(Campur sedikit air), Lada hitam, kiub ayam, Ayam, Carrot, Broccoli, Enoki Mushroom, Tahu, cili api (untuk extra pedas), air secukupnya.

Cara2nya:
Tumis bawang2 & halia yang di mayang tadi hingga naik bau. Masukkan rempah sup. Kemudian masukkan ayam. Masukkan air secukupnya untuk kuah sup. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam dan cili api. Reneh smpai mengelegak.

Bila dah mengelegak masukkan sayur & tahu renih smpai empuk. sayur mcm cendawan letak kemudian skali. Jgn lupa garam ikutla sesedap rasa. kalau saya prefer kurang masin.
Bila sayur dah empuk boleh la tutup api.

Untuk macaroni up to u nak masak skali dengan sup or asingkan. kalau nak mkn terus masuk je la sekali tp kalau tak asingkan nanti macaroni kembang tak syiok.

My finish product.


Saturday, September 18, 2010

ceritera raya

Salam semua. Mcm mana raya korang? Seronok tak?Tahun ni as usual tuk 3 thn ni lepas solat raya ziarah kubur arwah Along. Lepas tuh balik kampung di Gemencheh. Ziarah sedara mara kat kg, ziarah kubur arwah Atok & wan. Lepas tuh balik umah semula. Kali ni family Pak lang aku nak dtg tido kat umah. On the way balik tuh kat mahsan jln jem teruk. Ada accident pergh dasat sungguh. ade sebijik kereta remuk abis tesadai dlm longkang. Menurut jiran kat umah ckp mangsa meninggal.

Raya ke2 - pagi aktiviti buat kek. amik 2 jenis cheese cake terus. brownies kukus & new york cheese cake. gamba lupo nak ambik plak. Kesian plak Pak lang tak sompek nak raso pasal masa dio balik baru nak kukus & bakar. Petang pegi umah Pak Long kat Ineh. Jmpo pak lang kat situ siap tanyo kek. Huhuhuh minta maaf la tak sangko jmpo kat situ. Malam rayo ke 2 ni family busu plak tido kek umah. Edayah cadang buat satay. Mako betambah2 la kolesterol den malam tuh. Enjoy la gambo di bawah yor. sodapppppppp.


Rayo ke 3 plak umah kono sorbu family sebolah ayah plak. Kali ni edayah cadang bakar ikan plak. Ayah menjalo dapek la 7 ekor ikan baung & talapia. Omak dah surrender tak mau siang mako den samo edayah la kono setelkan ikan2 tuh sumo. Awal ado acik zumah & naim tolong bakar bilo ado sedaro datang umah terus acik pencen. Den plak take over smpai abih bakar sumo ikan2 tuh. Tak pueh ati tul edayah mengelat sobab kawan ehh datang. sib baik ado alip omar yang sangat rajin membantu. Kepado sepupu den siti Ecah mintak maaf la yor. Idea si apit suh mms gamba kek ekau. heheheheh lenkali ko datang kito buek ikan bakar laie yor.

Esok eh gi rayo umah sedaro kek Lui timur. Dok happy2 borak2 makan2 time nak balik ado hal tak besh plak. Helmet sepupu den tetibo hilang. Dah la helmet maha kobar ehh. Sumo dah tak best lagi2 tuan punyo helmet. Alkisah ehh si sukri ni ado poie kedai repair motor. Lopeh tuh tinggal helmet ateh moto garo2 nak mengelakkan helmet kepunyaan adik ehh si naim ni dicederakan oleh 2 orang budak kenit yg asik nak bersumo yor. Alih2 time nak balik dah losap. Mood dah tak besh dah sorang2. Sib baik ado helmet spare. On the way nak balik tuh dio lalu kodai motor tadi nampak la helmet tuh ateh motor. apo laie di ambik la semulo. bak filem afdlin tuh lu cilok gua, gua cilok lu. Lopeh tuh baru la gumbiro hati ehh baru boleh sonyum.
Buek malu yor la orang lui timur ni. montang nengok budak tuh orang luar suke hati ko je nak cilok orang nye barang. rayo2 pun sompek mencuri. harap lopeh ni orang jb tak sorik datang lui dah la yor.

Satu den tak gomar time rayo ni bilo jumpo orang2 kampung. sumo sibuk2 tanyo bila nak kawin. Tak sabar la konon nak tunggu kenduri den. takdo soalan lain ko?

Oh yor. Den ado misi lopeh rayo nih. misi pertama menentang hawa nafsu. sepanjang cuti rayo kek umah den tewas ngan hawa nafsu makan den. akhirnya segalo diet den bulan poso hancuss... Borek naik balik uwarghhhhhhhhhhh.
Misi ke 2 blajar. Final exam lagi sebulan. Test & assignment berderet2 menunggu giliran.
Jia you! Jia you!

Sunday, July 11, 2010

siraran tertunda: homemade sushi

salam semua. kali ni nak share gambar sushi yang aku ngan CT a.k.a Aishah buat.
idea nak buat shushi ni sume datang dari CT. Barang2 bahan2 sume dia yang beli. hhehehe arigato CT san.


yang di atas nih kami letak tuna n mayonise hasil tangan dikcik adiknye ct.


yang ni plak kami letak timun jepun n isi ikan salmon.
salmon tuh aku pan frykan dulu. kasi dia masak dulu.
tak lalu nak mkn mentah2.

yang ni plak isi crab stick ngan timun.
teknik menggulung cam salah je.
baru je tau teknik yang betul.
next time bleh cuba teknik baru.
selamat menjamu mata ye kawan2.


Sunday, April 18, 2010

korean grilled beef


dah lama nak buat. akhirnya jadi gak.
2nd time buat yg dlm pic ni bakar dlm oven.
telebih masa sedikit hangus hehehe
kalau ade tools tuk grill lagi bagus.

resepi asal amik dari sini dari Julia yoon
tp kebiasaanya i ubah skit resepi asal.
tambah halia & bijan.

n then saja test buat black pepper sos.
resepi amik dari internet gak.
cam besa ade ubah2 jugak.
taste bleh la tp telebih pedas huhuhu
lepas ni kena cari resepi lain nak perabis sos tuh.

sapa nak cuba grilled beef ni bleh la klik kat link atas tuh.
selamat mencuba

Sunday, March 21, 2010

wholemeal bread pudding yatt's style

hari ini kerajinan datang menjengah..
pagi-pagi bangun pegi bekebun dulu..
my farmvile project.
cubaan menanam jagung, tembikai & cili.
kalau berjaya nanti dah tumbuh aku upload gambar.

kemudian aktiviti memasak.
yeay berjaya buat puding roti.

* with custard sos


resepi amik dari internet sangat simple. tak ingat dari mana mungkin my resepi.
puding roti ni aku guna whole meal bread. konon2 tengah diet.
ni resepi yang aku guna:

Bahan-bahan:
3-4 keping roti
200 ml susu segar ( aku guna susu cair je)
2 biji telor
2 1/2 sudu besar gula ( aku guna gula perang)
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar kismis

Cara-caranya:
1. pukul telor & gula smpai kembang
2. masukkan susu, serbuk kayu manis, esen vanila kacau sebati
3. masukkan roti yang di carik-carik & gaulkan kismis
4. masukkan dalam loyang bakar pada suhu 180 degree selama 15-20 minit depends on acuan.

second picture aku letak custard sos. thanks dikcik for resepi..

bahan : susu cair + gula + tepung custard+ esen vanila
sukatan saya blasah aje ikut suke. n then masak smpai dpt kelikatan yg di kehendaki.

selamat mencuba kepada yang berminat.


Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...