Monday, April 18, 2005

with somes of the trainee & si comel ardini

Posted by Hello
kalau dikira hari ni..dah seminggu kawan aku si nanie dok skali menyewa ngan aku.. huhuhehue cam tak caya .. maklum sejak amik result spm lam tempoh lima tahun baru skali kita org jumpa tu pun thn lepas hueuheuh.. last last tinggal seumah..heuhue budak nanie makin kecik banding zaman skulah tu kontra sungguh ngan aku yg semakin membesar heuhuehee.. sekarang ni dah ler aku lam process diet (kununnyee skali ngan ct, kak su, kak zuli huehuehu) aku dok sibuk nak kurang berat si nanie nak tambah berat last last budak tu berat tak naik aku yg dah turun skittt je naik balik huehu tak patut sungguh.... tak pe tak pe chayokkk chayokkkkk.. kuatkan semangat... huheueuhehuu kat bawah ni ade gambo nanie ngan kawannyer si zara...(ade la aku jumpa dia skali masa nani anto barang.. yg sama kurus sama tinggi ngan nani) misti minah ni marah aku letak gambo dia yg nihhh hueheuuehuheu


nanie & zara (her fren)

Posted by Hello

Sunday, April 10, 2005

ni gambo aku ngan ct dengan anak kak jie si ardini. timer kasih kepada encik herwan yg menjadi camerman for the day..

Posted by Hello

Saturday, April 09, 2005

reading hour

ari tak mau citer pasal keje tp pasal kelas membaca kat WAJA iaitu our 'reading hour' bunyi cam kelakar jer...tp ok la bleh tambah 'vocabulary'. ari ni aku baca mags 'CPA Australia' abih je waktu tu aku baca takat page 24 sebab aku baru dari content dia.. president view point pun aku baca gak... sedang molek masuk baca article kat yg jadik cover mag tu dah tamat sessi membaca..
new word baru aku ari tak tau le phrase ke word ke ... "A pro-bono basis" -kata En Taqi yg slalu guna word ni lawyer. aku jumpa word ni kat article tentang PI assurance tuk cover proffesional yg keje sendiri bak kata en hasni org yg meniaga bawah pokok .k la nak sambung keje..

before that aku nak tau maksud 'rams' . word ni aku dapat dari ayat ni "It rams home the reality that todaya sport really is more than a game. it is big business." so anyone yg tau maksudnye please respond pasal aku check kat kamus dwibahasa oxford fajar ram = biri-biri; domba jantan ; sesondol. huuuuhueueehuu

Thursday, April 07, 2005

semalamann di waja hueheuheuehe

ari ni aku, kak su, kak zuli & sabri kembali ke opis... dengan misi untuk menyiapkan keje memasing... lebih kureng kul 9.45 sabri sampai umah...(saja ajak pi opis sementara dia tak pi deting pasai ani balik kampung heuheueheu) sampai kat opis..nengok meriah ngan anak anak.. ngatkan kak ji ngan family dia je rupe nye kawan abg fezal ade gak pasal depa dok repair aircond.. memula ngat tak leh buat keje dah sib baik bleh bukak pc lagi...alhamdulillah.... aku pung buat la keje ku iaitu meng"key in" duit kuar..com si XXXx ni... sampai la ke satu tahap aku kebusanan lalu membuka IE n type posting ni... sat lagi baru sambung....
ari ni alhamdullillah big BOss dah sign report yg kami dok betungkus lumus siapkan semalam.. tu pun setelah bape kali di review.. ingat kan dah siap report kul 12 tu ok dah lepas submit kat boss kena amend lagi.. lepas tu lam kul 3 anto kat big boss .. ingat dah ok.. lebih kurang kul 4 kot.. boss interkom tanya sabri.. alamak sabri tarak kuar ngan ewan jumpa client.. aku plak kena ngadap.. pi la naik ateh bilik big boss debor siut.... memang dup dap dup dap... dah masuk biasa la sesi soal jawab tekial kial makcik ni menjawab... peh tu kak ekin pun kono masuk ngadap..tak selosai gak isu ehh... lastt kat kul 6 baru selosai..alhadullillah tp beso la kono amend report balik... turun bawah kelam kabut betulkan report.. time ni sumo org dah stanby nak balik ... cian kat big boss tunggu kami betul report..dah le tak sihat...
lebih kurang 6.30 baru settle.. big boss bawak balik sign kat umah.. pas tu dia suh sabri amik... nak di jadikan kisah kami salah paham ingat sabri lain yg di suruh rupenye che we... kalut gak pagi tadik...sib baik big boss tak marah... sekarang report dah ade kat opis..tapi tak di ambil lagi oleh XXX dunno la y... yg penting dah siap walaupun ade skit bunyi bunyi..heuehueheuuh
ari ni lak nak all out tuk si YYY plak huh..tak larat tul...k la nak sambung buat keje... semoga aku steady menyiapkan keje nih hueheueh....

p/s; sonoknye minggu depan nani kawan skulah masa kat teknik dulu nak dok ngan kami .... heuheuheue

Wednesday, April 06, 2005

midnight at waja huuuheuueuhuu

gilos... malam ni..opss dah pagi... disebab client ni kami tepaksa mai balik ke opis.. ini sume adalah gara gara panggilan telepon dari xxx kalau tak idok aku bemalam.. disebabkan panggilan itu aku, sabri, kak ekin, & kak su kembali ke opis niii.. sampai lebih kurang kul 10.30pm berhempas pulas la kami menyiapkan report ni ..alhamdulillah masa aku taip posting ni aku dah siapkan part aku dengan di bantu oleh en sabri...hueheuueu tq boss.. kalau tak disebabkan en bos tak selesai la keje den yg silap akibat careless mistake maklumla jam dah kul 12.30 maun mato ni tak kerro... waktu ni pun dah kul 1.00...huehueu tak larat kalau buleh nak balik zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz je.. tp masih ade yg tak settle lagi.. dah le nak print tak leh ... sebab printer kat level ni sumer dah dah nyawa nyawa ikan setakat nak print draff buleh ler.. sekarang ni aku tunggu part kak ekin siap so bleh compile report sok pagi bagi kat another BOss nak review n then to thee BiG BoSS to final part.. hopefully it will be done on time... Insyallah...
Lepas ni kena la betapa lagi kat opis ni tuk buat satu lagi client...<--- ayat dari en sabri uwarghhhh aku tak sanggup bossss.... tapi apa kan daya ... nak tanak kena buat jugak.... soledad it's a keeping for the lonely...<---- petikan lagu yg sedang ke udara dikala 1.05 am ni.. huhhhuuu huuu ..chiow le dulu...sok sok sambung..

p/s: aku rasa seperti bermimpi je melepak di opis di temanin "nyamuk-nyamukkk" sib baik "cik T" tak menemani sama hueuuheuhueheuue

Friday, April 01, 2005

Got this from email special for womens ... guys also should read this !

MW 1087 Motivasi
Siri 189
Tajuk: Tengok rama-rama teringat wanita

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan
kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan
ceria. Hampir semua orang akan tersenyum
melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan
menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana
pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ,
tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu
dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari
anda warna dan corak rama-rama itu telah
berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan
kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali
tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada
untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-
tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi
harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang
terbang membawa corak-corak indah, apabila
corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan
lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan
coraknya; harga wanita terletak pada apakah
tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh
suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan
hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri
daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar
daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam
kepompong tiada siapa pedulikannya, malah
tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya
bertukar menjadi sesuatu yang amat
menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik
wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan
mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan
dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab
ingatlah mereka yang bersusah payah
memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia
sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri,
sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu
bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai
gambar indah dipandang tetapi diri sendiri
menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan
terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni
yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah
memelihara kehormatan. Selama mana anda
memelihara kehormatan dan maruah diri anda
berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan,
anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa
memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak
mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap
kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa
terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi
sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu
kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting
sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang
tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda
dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan
melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya
akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-
warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan
lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki
yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang
benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang
penuh ikhlas. Selama mana anda belum
menemuinya anggaplah diri anda masih berhak
terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

www.drtuah.com


p/s : ni bukan nak ciplak karya org yer... :D

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...