Saturday, May 14, 2011

Langkawi 2nd trip for the year..

9-12 hb lepas skali lagi aku ke Langkawi.
Kali ni pegi disebabkan attend meeting. So sambil menyelam minum air.
1st experience naik firefly.

Picture kat atas tuh la my view in the plane. The moment aku duduk je kat seat tuh mula la imagine kalau kipas tuh tercabut terbang ke arah aku. huhuuuhu
Alhamdulillah selamat sampai ke Langkawi. Kami semua naik van tuk ke hotel kakak2 ni sume elok je naik duduk seat blakang tepaksa la i duduk ngan bos2 kat depan huhuhu sopan skit la i duduk. Malamnya terus start meeting. Penat+ ngantuk huhuhu sib baik ada wifi. bila time boring2 tuh bleh la bukak internet sat. Sepanjang beberapa hari ni hancus diet i. Dok kat hotel lengkap sumenya breakfast, tea break, lunch, tea break, dinner, supper & late supper lagi. 2 mlm beturut dok malkan sotong tepung.
Alhamdulillah meeting went well. Risau je time aku present bos tanya soalan pelik2. Thanks boss yang congratulated our dept. Thanks for the trust. To my department staff & trainees gud job on 1st quarter performance hope we can do better in the 2nd quarter.

Last day at Langkawi bos bagi jalan2. 1st destination Cable car. Naik juga la aku tuk kali ke dua. Tapi experience kali ni berbeda. Dulu naik panas terik tp kali berkabus dan sejuk.Posing2 puas2 sambil layan feel angin n kabus sejuk kat atas tuh. On the naik ke tempat cable car tuh tetiba hujan plak. sib baik dah dekat smpai tempat teduh. buatnya kat jambatan lagi mau kuyup.
Balik tuh ingat nak lunch kat kedai Zul ikan bakar tp tutup. so lunch kat area beras terbakar. Lepas shopping kat beras tebakar pi mkn cendol n laksa kat pantai cenang. erkk tak sedap lasung. nama je laksa power tp tak rasa laksa pun kat tekak aku nih. Lepas tuh ronda area pantai cenang sat sebelum ke pekan kuah tuk acara shopping lagi.
Malam tuh flight balik jam 9.20 tak silap. masa datang muat je 1 van 10 orang n beg2nya. balik tuh amik ko 2 van pun susah nak arrange beg2. penuh. Alhamdulillah selamat sampai di lcct. Balik naik air asia. rasa mcm cepat plak smpai. Masing2 kepenatan. Akhirnya bos bagi berita gembira dpt cuti untuk jumaat. tp aku tak dpt cuti pasal dah set appoinment ngan client so tepaksa la pi jmpa client tuh.

Hari ni nak packing baju lagi mau pi holiday ngan kawan2 uitm plak. Sib baik boss approve cuti hehehe. Kalau tak approve pun aku mau cuti jugak pasal sume dah book. penat balik langkawi tak abis lagi n mau jalan lagi.. Duit pun sudah kering gak nih huhuhuhu.
Takat sini dulu. jmpa lagi lepas i bercuti.

Wednesday, May 04, 2011

My mini kebun picture

just want to share pictures of my 'mini kebun'
all the pics taken in Mar & April

L: Daun bawang R: Terung
Terung agak bnyk hasilnya.


L: Kucai R: Bendi.
Bendi byk betul hasilnya tp slalu lambat nak petik so tua kat pokok jadiknya



L: Cili besar R: jagung.
Jagung sempat buat sekali je. dpt gak la merasa hasilnya.


akhirnya habis sudah musim exam

hari ni abih sudah examku semester nih.
Tiap2 kali semester baru kata nak study rajin2.
Tapi sudahnya bila tiba time exam blajarnye ala kadar.
Selepas exam kali ni tak harap dpt A.
Berdoa semoga lulus semuanya.
Amin.

Tuesday, April 19, 2011

alhamdulillah

Hari ni nak cerita kisah di pejabat. alhamdulillah dah 3 bulan aku manage dept aku walaupun pada dasarnya dipaksa untuk menjawat jawatan nih. terima kasih pada kawan2 satu dept sebab bagi kerja sama sangat baik. Berkat usaha bersama kita dpt capai target walaupun agak sakit di awal2 bulan ari tuh. hope masing2 dapat kekalkan momentum kerja untuk hasil yang lebih memberansangkan.
Rasa puas hati sangat bila dengar pujian dari bos. Alhamdulillah bos tunaikan janji. Semoga kita semua terus bersemangat untuk bekerja lebih keras. Account department hwaiting..!

Saturday, April 16, 2011

takuttttt

less than 2 week lagi time to test what I've learned in this semester.
Mcm tak nampak cahaya lagi nih.. cam na nak jawab final exam nih..
Alhamdulillah paper BEL presentation skill tak lepas awal2 lagi..
gigil abis satu badan dok becakap dalam english. English tuh tak dh hal sangat tp part nak kontrol neves tuh. itu kritikal sejuk sume tangan ngan kaki. Hope result ok la.
final exam ni ade 3 paper. this time jadual exam padat sungguh. aku nye jadual 2 hari beturut subjek membaca huhu lemau sungguh rasanaya tp besyukur lagi daripada kena pagi petang mcm jufa n shaja.
To all my classmate. Good luck for final. hwaiting!
Untuk diri sendiri start la baca buku dari skarang ye yati..

Sunday, March 27, 2011

Medical check up?

Bulan March ni aku isytiharkan bulan kesederan kesihatan untuk diri aku.
Aku buat 2 jenis medical check up. Homeopathy & blood test.
Alhamdulillah result takda yang kritikal.
Homeopathy test aura & potensi penyakit yang ada.
Ada yang memang aku dah jangka ada & ada juga yg tak disangka2.
Blood test pun sama jugak.
Tak sangka rupanya aku ada allergic antibiotic.
Both result bg tau yg aku ada low blood pressure & tahap acid dpt badan ni agak tinggi.
So kena la detox.
Consultant blood test bg petua suruh rebus 3 liter air dengan 10 helai daun pandan.
Ini tak buat lagi. Baru buat minum air rebusan kurma merah & hitam.
Ini petua untuk orang2 yg mengalami low blood pressure.
Baru 1st time buat. Rasa air tuh mcm minum air yg masak dengan kayu api je.

So kengkawan semua marilah kita sama2 tingkatkan tahap kesihatan diri kita.
Yang belum buat medical check up meh le sesama buat yer.
Tak susah pun. Homeopathy test just guna rambut je. Blood test cam besa la amik darah.
ni tuk yg takut jarum payah skit la. hehehehe

Sunday, February 20, 2011

resepi Macaroni Sup

Resepi ini di request oleh sahabatku Nisya. Resepi yg sy share ni takde sukatannya just ikut sukanya je campak2 je. hehehehe:

Bahan-bahan : Bawang merah/besar, Bawang putih, Halia, rempah sup(Campur sedikit air), Lada hitam, kiub ayam, Ayam, Carrot, Broccoli, Enoki Mushroom, Tahu, cili api (untuk extra pedas), air secukupnya.

Cara2nya:
Tumis bawang2 & halia yang di mayang tadi hingga naik bau. Masukkan rempah sup. Kemudian masukkan ayam. Masukkan air secukupnya untuk kuah sup. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam dan cili api. Reneh smpai mengelegak.

Bila dah mengelegak masukkan sayur & tahu renih smpai empuk. sayur mcm cendawan letak kemudian skali. Jgn lupa garam ikutla sesedap rasa. kalau saya prefer kurang masin.
Bila sayur dah empuk boleh la tutup api.

Untuk macaroni up to u nak masak skali dengan sup or asingkan. kalau nak mkn terus masuk je la sekali tp kalau tak asingkan nanti macaroni kembang tak syiok.

My finish product.


Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...