Sunday, February 20, 2011

resepi Macaroni Sup

Resepi ini di request oleh sahabatku Nisya. Resepi yg sy share ni takde sukatannya just ikut sukanya je campak2 je. hehehehe:

Bahan-bahan : Bawang merah/besar, Bawang putih, Halia, rempah sup(Campur sedikit air), Lada hitam, kiub ayam, Ayam, Carrot, Broccoli, Enoki Mushroom, Tahu, cili api (untuk extra pedas), air secukupnya.

Cara2nya:
Tumis bawang2 & halia yang di mayang tadi hingga naik bau. Masukkan rempah sup. Kemudian masukkan ayam. Masukkan air secukupnya untuk kuah sup. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam dan cili api. Reneh smpai mengelegak.

Bila dah mengelegak masukkan sayur & tahu renih smpai empuk. sayur mcm cendawan letak kemudian skali. Jgn lupa garam ikutla sesedap rasa. kalau saya prefer kurang masin.
Bila sayur dah empuk boleh la tutup api.

Untuk macaroni up to u nak masak skali dengan sup or asingkan. kalau nak mkn terus masuk je la sekali tp kalau tak asingkan nanti macaroni kembang tak syiok.

My finish product.


Saturday, February 19, 2011

Selamat penganti baru Siti


Tahniah buat sepupuku Siti Nor Aishah. Alhamdulillah selamat di ijab kabul dengan pasangannya Sharul January lalu. Semoga korang bahgia hingga ke akhir hayat. amin.

me and bride on nikah day.

Sunday, February 13, 2011

Siri2 - Jauh perjalanan luas pengalaman

Destinasi pilihan: Pulau Langkawi
Tarikh : 22-24 Jan

Keseluruhannya puas hati dengan trip ni walaupun mood aku sedikit terganggu dengan incident di airport yg menjejaskan skit tahap kesihatanku.

Sebelum pergi kengkawan office cakap makanan di sini mahal dan tak sedap. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan kedai makan yg kami masuk kecuali kedai yg pertama kami singgah malam sampai di Langkawi. Service lambat makanan tak sedap. Untuk makan tengahari sila la ke Restaurant Zul Ikan Bakar. Lokasinya tak berapa pasti dimana tapi dari Cable car menuju ke pekan kuah kedai dia ada di sebelah kanan somewhere dekat dengan kedai kraft apa tah. Sotong bakar dia sangat sedap. Harga pun berpatutan. 2 hari kami disana 2 kali lunch kat kedai tu.

Hotel plak kami duduk budget inn hotel di pekan kuah. cukup la untuk buat tido je. mana taknya keluar hotel jam 8 pagi balik 8 malam. memang balik mandi rehat tido je. Sesapa nak dok sini sila la bawak plus tuk air panas and extra extension plug kalau nak charging phone or anything else.

Aktiviti kami tak banyak sangat. Kononnya nak island hopping la. Sudah shop hopping je kat pekan Kuah. 2 kali visit. bak kata orang shop till u drop. memang meraban aku cari atm machine. Geram sungguh nengok barang2 dapur yang cantek2. Oh ye waktu kami pegi ni ada program Le Tour D'Langkawi tapi tak tengok pun sampai ada orang tarik muka bila nengok berita gara2 majoriti vote tak mau tunggu basikal2 tuh sume.

Ini sessi suka suki bergambar sebelum peristiwa berdarah. huhuhuhu

Destinasi pertama di pantai ni ramai orang dok mengutip something. Tak tahu la apa kebendanya rasa mcm nak join je.

Cable car Gunung Mat Cincang. Sumpah lepas ni acik tak mau dah turun ke jambatan tuh. Somput! Sebelum tuh kami salah tempat hampir nak naik ke Gunung Raya.

Thanks to our patient driver kak noni. Sanggup melayan permintaan aku suh berhenti kat marina ni kejap.


Dataran Lang. Panas terik nak amik gambar susah sebab matahari tengah naik.

Telaga air hangat. Dok merendam kaki yang letih.


Ini di pantai pasir hitam. Actually dekat dengan pantai yg kami singgah first day tu. Terima kasih la kat member sanggup melayan aku nak nengok ghupe pasir hitam tuh. Gambar kat atas tuh walaupun lelap mata nak letak jugak. itu bot nelayan yang baru balik.

Ini plak di pekan kuah on the last day. Shopping kali terakhir sebelum balik. Target nak beli grilled pan. Dah dpt grilled pan aku tak gerak dan dok lepak je tunggu derang shopping.
Alhamdulillah kat airport semua ok. Selamat smpai kat lcct tengah malam.

Insyaallah may nanti ke Langkawi lagi tp kali ni urusan keje. Now start buat list ape nak beli. hahahah kompol duit ok yati.

Sunday, January 16, 2011

idea diperlukan

Perlu prepare 3 topic utk presentation English. Sekarang ni hanya ada satu sahaja.
Help! sesiapa ada idea. Smoking, balance diet and other common sense sudah di banned oleh lecturer. Due this friday. If fail to submit hilang 2 markah. Cadangan amat diperlukan. :(

Sunday, January 09, 2011

Siri 1 - Jauh perjalanan luas pengalaman!

Tarikh : 2.1.2011
Destinasi : Negeri Sembilan, negeri ku tercinta.

Sebelum jalan jauh kenal negeri sendiri dulu yer Cik Yati. Maka hari tersebut adalah hari melawat muzium. Sempena dengan kedatangan Cik Zainab (housemateku) ke negeri sembilan.


Lokasi 1: Teratak Za'aba di daerah Jempol
Muzium ni mempamerkan koleksi Pendita Za'aba dari gambar2 peribadi, barangan dan karya penulisanya.


Lokasi 2: Istana Lama Sri Menanti di Kuala Pilah.
Disini boleh blajar sejarah asal usul Negeri Sembilan dan adat istiadat berkenaan Kerabat Diraja Negeri Sembilan. Sangat interested nengok gamba anak2 Yang di Pertuan Besar. hehehehe

Aku ni nama je dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan tapi ini la kali pertama seumur hidupku menjejakkan kaki kat tempat2 ni. Lepas ni bleh bawak mak ayah plak derang pun tak penah pegi lagi. Maklum la dulu susah nak berjalan.

Azam 2011?

Erkk dah 9hb baru nak cerita pasal azam.
Mostly bawak dari thn lepas je hehehehe.

1. Diet! Diet! Diet! - Sure ada yg bosan membacanya.

2. Saving - Emergency fund & Future.

3. Dean List for last 3 semester Insyaallah. Semangat nih!

4. Travel - kata orang jauh perjalanan luas pengalaman.

5. Carik jodoh hehehehehe. Nak gak ikut jejak sepupuku siti yg tamatkan zaman bujangnya hujung bulan nih.

Thursday, January 06, 2011

Recap 2010

Dah dekat seminggu masuk thn baru baru nak update hehehe. Entry kali ni nak recap a few activity aku sepanjang Dec 10.

MAHA 2010 - Dah bertahun dianjurkan baru berkesempatan nak pegi. Misi nak jelajah semua ceruk pameran tak berjaya. Tak larat next year kalau panjang umur insyaallah nak pegi lagi. Kat maha ni tambah koleksi pokok aku. This time beli pokok vanila tp nak bawak balik kg suh ayah tanam.

Wayang- Layan 2 movie. Ngangkung; pegi nonton ngan Jufa, Caja & Maziah. Hantu kak limah balik rumah; gi dengan siti, dikcik & tikah. Nak tengok Social Network tapi tak de geng carik dvd je la nanti.

Bowling - Join tournament anjuran office sepupuku si Siti. Lama sungguh tak main bowling masuk game ke3 dah lenguh tangan dan pening kepala. Paling tak sangka dpt no.4 sampai orang panggil nama buat bodoh je assuming ada orang lain nama sama hehehehehe. Alhamdulillah dpt rezeki hadiah RM lepas la buat blanja derang lunch.

Aquaria KLCC - Dah bertahun dok kl baru tehegeh2 nak gi. Kali ni gi ngan dak2 umah. Aku save tiket masuk pasal guna student card. Berguna gak sambung blajar dah tua2 nih. hehhehehe.

My birthday-Thanks to kawan2 yang mengingatinya. Dapat hadiah kat bawah tuh dari housemateku, Kak Yah. Erkk baru baca 2 muka suratje. Insyaallah akan baca kasi habis. Bermula december ni aku ada misi semoga aku istiqmah dlm melaksanakannya.

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...