Friday, September 29, 2006

Demi keselamatan diri & keluarga

Entry kali ni aku nak kongsi email yg aku dpt dari Erin. Marilah sama kita perhatikan aspek keselamatan di sekeliling kita. Tambahan plak musim perayaan yg akan menjelang tiba tak lama lagi. Meh kita nengok..

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

** erkk... aku ske gak buat tebiat tido kat ruang tamu nih..

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,mereka akan menundukkan kepala).

*** penah gak berlaku masa aku dok menyewa dulu seminggu lepas tuh rumah kami di pecah masuk... :((


9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kitadan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, janganbenarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilankecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphoneanda.Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuatpanggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atauautomatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secaraautomatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box ygpenuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yangkerap di kawasan anda.

***ermmm ni bleh pakai ke.. dulu masa kami wat report umah kena pecah masuk mcm tak pecaya je.. dtg nengok pun tidak.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkanpencuri).

*** ni aku percaya.. berlaku pada officemate aku.. kereta wira dia kena curi depan ofis.

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikuncidari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan andaperlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katilanda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepitingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamatberi pada jiran yang kita kenal rapat.

**** kat kg slalu guna tektik nih... kena ubah nih..

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana taubekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing

No comments:

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...