Sambungan last entry setelah sekian lama hahaha.
Setelah check out dari Ion Delemon kami menuju ke Bukit Tinggi maka bermula edisi menuruni bukit bengkang bengkok itu dah kembali mendaki ke Bukit Tinggi.
Fees masuk ke Bukit Tinggi Colmar Tropical resort ni dah naik compare dengan last time den datang. Alang-alang dah sampai tu bayar aje la.
Apa speselnya Colmar ni? Resort with French Village Theme. Boleh la feeling di Perancis kejap. Memula ada ura-ura nak menginap diresort ni tapi bagi den tak berbaloi sangat so kita balik hari sahaja. Kami just pusing-pusing ambil gambar then lepak minum sahaja.
Untuk dapat view ni kena naik tangga sampai tingkat 3 macam tu so boleh la tengok dari atas view hujung ke hujung. Dalam gambar ni yang opposite tu adalah entrance.
Ini pulak view dari galeri on the way to carpark. Selepas beberapa tahun since my 1st visit nampak perbezaan juga cat bangunan nampak tak terjaga sudah.
Next kami ke Japanese Garden. Ikutkan den tak mau naik. Maklum la kena mendaki tangga dan bukit tapi kena paksa juga dengan derang. Memang mintak nyawa nak sampai kat atas tu.
Di Japanse Garden ni den tak pusing mana-mana sebab duduk berehat mintak nyawa. Memang terasa sungguh betapa tidak fit nya den. Disini juga boleh cuba pakai kimono dan begambar la disekitar taman ni. Ada bayaran untuk sewa kimono ni tak silap.
Destinasi terakhir adalah Kopi Ladang di Janda Baik. Lepas tengok beberapa orang share pasal kopi ladang ni terus la masuk wish list trip Genting ni mujur juga balik ikut Genting Sempah boleh la singgah.
Untuk cari kedai ni boleh waze Kopi Ladang, kami singgah ni hari jumaat so menu utk makanan ada yang takda since tukang masak sesetengah menu tu ada on weekend sahaja. Tapi yang penting dapat cuba kopi dia. Apa yang spesel nya biji kopi ni datangnya dari kebun kopi di blakang kedai ini. Kira memang fresh biji kopi dari ladang. Tengah-tengah panas terik memang sedap pekena kopi ais ni. Bagi den rasanya sodap sepadan dengan harganya. Berakhirlah our short vacay selepas mengopi.