Sunday, February 20, 2011

resepi Macaroni Sup

Resepi ini di request oleh sahabatku Nisya. Resepi yg sy share ni takde sukatannya just ikut sukanya je campak2 je. hehehehe:

Bahan-bahan : Bawang merah/besar, Bawang putih, Halia, rempah sup(Campur sedikit air), Lada hitam, kiub ayam, Ayam, Carrot, Broccoli, Enoki Mushroom, Tahu, cili api (untuk extra pedas), air secukupnya.

Cara2nya:
Tumis bawang2 & halia yang di mayang tadi hingga naik bau. Masukkan rempah sup. Kemudian masukkan ayam. Masukkan air secukupnya untuk kuah sup. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam dan cili api. Reneh smpai mengelegak.

Bila dah mengelegak masukkan sayur & tahu renih smpai empuk. sayur mcm cendawan letak kemudian skali. Jgn lupa garam ikutla sesedap rasa. kalau saya prefer kurang masin.
Bila sayur dah empuk boleh la tutup api.

Untuk macaroni up to u nak masak skali dengan sup or asingkan. kalau nak mkn terus masuk je la sekali tp kalau tak asingkan nanti macaroni kembang tak syiok.

My finish product.


Saturday, February 19, 2011

Selamat penganti baru Siti


Tahniah buat sepupuku Siti Nor Aishah. Alhamdulillah selamat di ijab kabul dengan pasangannya Sharul January lalu. Semoga korang bahgia hingga ke akhir hayat. amin.

me and bride on nikah day.

Sunday, February 13, 2011

Siri2 - Jauh perjalanan luas pengalaman

Destinasi pilihan: Pulau Langkawi
Tarikh : 22-24 Jan

Keseluruhannya puas hati dengan trip ni walaupun mood aku sedikit terganggu dengan incident di airport yg menjejaskan skit tahap kesihatanku.

Sebelum pergi kengkawan office cakap makanan di sini mahal dan tak sedap. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan kedai makan yg kami masuk kecuali kedai yg pertama kami singgah malam sampai di Langkawi. Service lambat makanan tak sedap. Untuk makan tengahari sila la ke Restaurant Zul Ikan Bakar. Lokasinya tak berapa pasti dimana tapi dari Cable car menuju ke pekan kuah kedai dia ada di sebelah kanan somewhere dekat dengan kedai kraft apa tah. Sotong bakar dia sangat sedap. Harga pun berpatutan. 2 hari kami disana 2 kali lunch kat kedai tu.

Hotel plak kami duduk budget inn hotel di pekan kuah. cukup la untuk buat tido je. mana taknya keluar hotel jam 8 pagi balik 8 malam. memang balik mandi rehat tido je. Sesapa nak dok sini sila la bawak plus tuk air panas and extra extension plug kalau nak charging phone or anything else.

Aktiviti kami tak banyak sangat. Kononnya nak island hopping la. Sudah shop hopping je kat pekan Kuah. 2 kali visit. bak kata orang shop till u drop. memang meraban aku cari atm machine. Geram sungguh nengok barang2 dapur yang cantek2. Oh ye waktu kami pegi ni ada program Le Tour D'Langkawi tapi tak tengok pun sampai ada orang tarik muka bila nengok berita gara2 majoriti vote tak mau tunggu basikal2 tuh sume.

Ini sessi suka suki bergambar sebelum peristiwa berdarah. huhuhuhu

Destinasi pertama di pantai ni ramai orang dok mengutip something. Tak tahu la apa kebendanya rasa mcm nak join je.

Cable car Gunung Mat Cincang. Sumpah lepas ni acik tak mau dah turun ke jambatan tuh. Somput! Sebelum tuh kami salah tempat hampir nak naik ke Gunung Raya.

Thanks to our patient driver kak noni. Sanggup melayan permintaan aku suh berhenti kat marina ni kejap.


Dataran Lang. Panas terik nak amik gambar susah sebab matahari tengah naik.

Telaga air hangat. Dok merendam kaki yang letih.


Ini di pantai pasir hitam. Actually dekat dengan pantai yg kami singgah first day tu. Terima kasih la kat member sanggup melayan aku nak nengok ghupe pasir hitam tuh. Gambar kat atas tuh walaupun lelap mata nak letak jugak. itu bot nelayan yang baru balik.

Ini plak di pekan kuah on the last day. Shopping kali terakhir sebelum balik. Target nak beli grilled pan. Dah dpt grilled pan aku tak gerak dan dok lepak je tunggu derang shopping.
Alhamdulillah kat airport semua ok. Selamat smpai kat lcct tengah malam.

Insyaallah may nanti ke Langkawi lagi tp kali ni urusan keje. Now start buat list ape nak beli. hahahah kompol duit ok yati.

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...