Friday, June 08, 2012

Visit Korea Day2: Namdaemun & Coex Mall


Anyeong ...
Mari kita smbung story 2nd day. Pagi2 bukak tingkap nengok hujan spt yg di forecast kan. Hujan dan berangin memang sejuk tapi kita orang get ready gak siap2.

Sementara tunggu ujan reda layan tv dulu. Kebetulan ada tayang Go Show Big Bang as guest.

Uri Daesungie.
Tunggu punya tunggu hujan pun tak berhenti decide teruskan plan gerak ke Namdaemun . Tempat ni salah satu tempat shopping mcm2 ada kat sini dari souvenir, keronsang,  baju2 (oppss warning mostly ahjumma style hehehhe) macam2 lah ada.

Waktu kami pegi memang tengah hujan dan berangin so nak bejalan tak seronok sangat. Dekat sini bila nak masuk dlm bangunan payung misti simpan dlm plastik. Kat setiap pintu masuk ada disediakan plastik tuk menyimpan payung. If tak simpan misti kena tegur ngan ahjumma kat situ.

Bila shopping kat sini agak bahaya. Kebanyakkan kedai tak display harga baju (terutamanya) so bila kita nak tau harga kena tanya. Ahjumma2 ni bila tanya assume mcm kita nak beli sangat susah nak nak bg tau kita tak mau.  Aku terkena skali memang bekenan ngan blouse tuh ahjumma ni pun dok tunjuk2 ckp size besar dh memang aim kat aku dah. So tanya rega brapa then dia terus turunkan baju n nak bungkus adehh jenuh nak refuse susah. Akhirnya tepaksa beli juga la lepas tawar menawar. Lepas tuh aku serik tak mau dah tanya harga baju2 kat dlm market nih.

Dekat sini aku tak brapa suka ngat terutamanya bila dok dlm kedai2 yg indoor nih. Sebabnya tak tahan ngan bau yg tak brapa nak besh. tak tau la nak ckp bau derang makan cik b tuh or bau derang minum. Memang pening kepala di buatnya.

satu2nya gambar yg smpat di snap di Namdaemun Market oleh 2 org budak degil . Miane chingguya.... 
Kat sini tak lama sangat sempat la beli souvenir skit2 then decide terus balik ke Namsan. Mencari jalan ke subway stesen memang sangat menguji kesabaran.

Balik Namsan solat n lunch. Dalam 3.30pm gerak semula destinasi COEX Mall yang asalnya tiada dalam list kami.  Okay la kan daripada duduk dalam bilik je.

Ketua rombongan!
Nak smpai ke Coex Mall ni boleh tahan gak la jauhnye kena tukar 3 line.

starting point Myeondong station line 4.


performance kat subway station dr Line 5 ke line 2 (refer kat blog jufa) me memang tak ingat la line mana pun pasal seret je kaki ikut ketua rombongan @ jufa hehehehehe.


See nak smpai ke Coex siap melintas sungai bagai.. hujan still tak behenti lagi waktu nih. 



Mall ni memang besar dan banyak wing. Memula nak masuk kimchi museum tp dah petang sangat dan dh tutup museum nye. Jalan2 cari kedai cd. jmpa Evan reords nih. Memang teruja abis la nengok sume poster2 cd2, chocolate muka idol2 suma tuh.. Siap tanya pekerja kedai boleh tak nak amik gambo hehehe. Bila kata boleh je apa lagi snap sbnyk mungkin hehehehe.





nyesal tak beli yg nih huhuhuh 

Heartsring merchandise

Sempat gak la sambar 1 dvd kat sini.. 2PM Don't stop Can't Stop


Samsung 3D promotion. teruja abis sume jenis spek nak try.

Megabox wayang! tak masuk nengok wayang pun just posing2 amik gambo je.


Exo-K fan meeting. Patutla tadi ramai gila orang tunggu kat tmpat nih.. apa lagi join sama. Memang dasat la derang ada siap bawak tangga n stools lagi. sempat aku usha kamera derang memang canggih2.

Gigih gila amik gamba ni je yang okeh. sebetulnya tak kenal pun member EXO ni tau lagu derang MaMa je.

 Still lagi hujan.. jom mendaki ke Namsan dalam kesejukan. 

malam layan tv Big bang lagi! yeay ada Yoo jae suk as MC. 

Berakhirlah kisah hari ke2. To be continue with day 3 Namisun & Petite France.

Sunday, June 03, 2012

Visit Korea Day1: Hangang River cruise


Anyeong.. mari kita sambung kisah hari pertama yg tak sudah sudah hehehhe.
Lepas tour 63 Building lepak jap kat kedai coffee layan Americano. Ape benda Americano nih?
Actually Americano ni iced coffee yg specialnye with out sugar hehehe .  see muka nisa yg tekejut air kopi pahet tade gula hehehehe. lepas rehat ilang penat n dahaga nak gerak ke next destination Hangang river. 
Kebetulan time gerak tuh ada shuttle bas so kami pun naik la. Korean girl n Indonesian guy yg jmpa tadi pun naik bas ni gak..
Dlam bas tanya sorang budak korean ni bas ni pegi yeouinaru stesen tak? conversation cam itek ayam la coz dia tak pandai speaking. aku pun speaking terabur gak hehehe. Budak tu jawab iyer pegi stesen tuh. Bas pun gerak tah mana dia pusing pun tak tau. then sampai 1 stop ni korean boy ni bg tau dh smpai yeouinaru.. kami ngan kekonfiusan pun decide nak turun. padahal dengar driver sebut nama tempat cam lain je.  Masa nak turun tu korean girl ni ada ckp something tp tak peduli sangat just babai derang sebab kalut nak turun.  Tempat kami turun betul2 tengah2 jln raya yg agak sibuk. memasing agak kecuakan tempat apakah ini. Nengok singboard DAEBANG. Bila angin bertiup semerbak bau ikan dari fish market berdekatan. Puas melilau cari subway stesen tak nampak plak. Nengok nun jauh nmpak 63 Building memang la bas tuh dh pusing jauh so decide redah je jalan kaki ke arah 63 Building semula. 
Muka ceria walaupun sudah kena tipu sama itu boy. hahahahha senget tu la ckp pun itek ayam katakan. Sebelum mula aktiviti merentas Daebang kita posing dulu. Pelik je ahjusshi2 n ahjumma nengok kami. Nampak tak nun dihujung jalan signboard ijau tuh  baru stat nak pegi 63 Building belum gi Hangang river lagi.

Setelah lama bejalan merentas jln raya turun bukit dan menyusuri anak sungai ngan harapan smpai ke hangang river la hehhee. kami pun smpai ke tmpat di atas terus daki bukit tuh bejalan plak di bawah pohon sakura..  see building oren bekilat tuh tu la dia 63 Building yg kami lawati sblumnya tempat kami naik bas.

Setelah penat berjalan di bawah pohon sakura akhirnya smpai jugak ke hangang park. tak peduli dah terus aku peluk tiang tuh. tiang petama yg menunjukkan hangang park sign. jauh gila kot bejalan. actually dari tiang tu ke hangang jetty jauh lagi tp nmpak sign tuh pun dah happy giler..

Akhirnya smpai juga di  hangang river. Nampak tak itik2 biru puteh tuh.. tempat ni slalu gak derang wat shooting sapa nengok citer Lie to Me misti cam itik2 tuh.  Kawasan ni ramai orang piknik derang sume bawak tikar sume kita orang takde menda sok duduk je la atas rumput kering tuh. tuk melepas penat menapak entah berapa kilometer jauhnye. time ni la nak makan setelah seharian tak makan kecuali bekfes. sib baik bawak bekal roti gardenia. boleh la alas perut.

posing dulu sebelum gerak semula carik kaunter tiket tuk river cruise



Bila jalan tepi sungai ni teringat citer Running Man episode yg Jihyo naik boat pick up group member yg tunggu kat setiap jetty2 spanjang sungai nih. time tgh2 posing ni ada sorang chinese girl tegur. Besalah kat Korea ni kalau yg pakai tudung misti Msian or Indonesia je. Sembang2 ngan budak nih memang hebat la. Dia datang sorang2 je dari msia. Masa jmpa kami ni dia ngan kawan guy dari Hong kong  yg kenal kat guesthouse tmpat dia tinggal. hebat memang hebat travell sorang2 tuk 1st trip to korea.



View di tepi jetty
Kami beli tiket cruise jam 7.00pm waktu tuh ada live concert tiket price mahal skit KR Won 15,000. 

sambil tunggu cruise lepak tepi  tangga smbil minum susu perisa pisang harga KR Won 1200. Sedap!!




view 63 building from river cruise



view salah satu dari beberapa jambatan 
bangunan blah kanan tuh tempat khuntoria celebrate wedding derang.






Banpo rainbow bridge sangat cantek. Kelakar je belari2 dari seat kami ke seat sebelah satu lagi. Padahal feri tuh pusing je nanti. Memang cantek sangat nengok air ngan lampu2 warna warni nih. 



Sebelum turun dari feri meh kita posing dulu. Lepas cruise ni terus ke stesen yeouinaru then balik ke myeondong semula.. alhamdulillah selamat juga hari pertama kami di korea. Memang tak sangka la boleh jalan sejauh itu. mungkin ni hari pertama kami then energy pun banyak lagi tambah plak excited telebih so boleh la jalan kaki jejauh tuh cuaca pun elokje .
Nanti besambung hari ke2 ni tak barapa nak bestnye story..


Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...