Wednesday, September 28, 2005

SEBUAH KISAH UNTUK SEMUA...

Subject: Murtad Kerana Cinta.....Astagfirullah!........

Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidaksendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dangelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang,memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah.Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpingeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu.....

Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?"tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak.....adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Diamenjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya."Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yangdiingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhurpekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Laluhari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yangmenghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirkutidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman,At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelummelelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkahgembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindakbalas pada kalimah tayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelahmelalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihatsenyumannya.Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Palingseronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungisetiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanitaterpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteriRasullulah s.a.w. yang terunggul.Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allahs.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalahamanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyakbicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandangmenyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati oranglain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba padasuatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlangdalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Punbegitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakindengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkissegala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamahhidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang.Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita,menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilahyang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yangketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengankerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepadakebaikan.
Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakaipurdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempatNur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambillangkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapatpekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amanacuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma,pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega.
Benar seperti kata-katanya, tidaksampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuahsyarikat di KualaLumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amanasebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.Hilang sudah rindu membaraku.
Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hariberada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mulaberubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diridalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makanbersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cubamencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidakberjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalahsuatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amanatelah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepadaKristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amanatiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dansuami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perludiperolehi oleh Nur Amana sendiri.Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak adaapa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbulfitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam dirimenjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambutdengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukupbimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain suteraberwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamikumenggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaahbersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetukpintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga NurAmana menolakdengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yangtidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernahmelengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cumamembisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi,kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dansuami.
Selepas makan, Nur Amana menolak pintu biliklagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Diakelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakinmanis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantiksering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memeliharaagamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untukmenukaragama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskankepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamikujuga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapuralagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhanabesar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telahkering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dantersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungkuberdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaanagama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah memintakepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turuntanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapatipintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaandemi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemudaKristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agamaitu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amanamenangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya NurAmana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segalapakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat inisaja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukanibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terusmengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepadapolis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polistidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agamayang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakanmeminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latarbelakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibubapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya,ramai yang menyimpulkan,NurAmana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkahdangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarahIndia. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan menguraike bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.

Keputusan diumumkan.Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepadarakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumurlebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihattersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orangmurtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruhbertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu.Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahankemarahan.Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Akutahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telahsediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itudisambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hatidengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun airmatanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkankudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketikamelintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yangtidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan iniyang kau pilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akanselamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepadamahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkansentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruangtamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadiaku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharuiwuduk.SolatIsyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Airmataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak.Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,NurAmana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan olehundang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnyaundang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yangdikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibubila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagikes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengakudirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini????Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

nota kaki ayam : sudah banyak kisah murtad aku dengar kali aku kongsi sama sama dengan kalian. thank u kat ied yg foward email nih.

3 comments:

Wirawan Terulung said...

wooo....haku pun dah banyak dengar pasal tu. Member haku sendiri pun pernah kena approach...

hmm...mintak2 ler di jauhkan. Semoga kita semua akan sentiasa di Rahmati olehNYA....

Yatt said...

tu la wira aku penah gak ade sowang mamat ni try tp trough ym arr.. alhamdulillah dia tak kacau lagik dah

Anonymous said...

kekuatan iman adala y tpentin tapi kekuatan masyaraat islam disekelilin .semua piak wajib menambil berat dan berteas

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...