Lama gak tak update blog. Sibuk nak menghabiskan exam malas plak nak menulis kat sini. Alhamdulillah selamat menghabiskan sume paper. Sedikit kecewa dengan diri sendiri sebab untuk paper LAW tak buat betul-betul. Boleh di katakan semua soalan yang keluar exam semuanya telah di highlight oleh lecturer. Tapi biasa la aku bila gap banyak bukan nak study sibuk layan cerita korea huhuhuhu. Sempat khatam cerita yuhee the witch. Harap jawapan aku boleh diterima pemeriksa. Tak dapat A pun tak pe, as long as no repeat paper .
Dalam tempoh ni macam-macam gak berlaku. Ingat lagi tak ikan laga aku. Akhirnya mati jugak. Sayang sungguh. ni sume gara2 aku pegang ekor dia la nih. terus lembik dan selang beberapa hari mati terus. Buat masa sekarang malas dah nak bela ikan.
Projek tanam menanam plak semakin bekembang. Housmate aku kak Yah & Zainab join sama.
Dengan kak yah kami buat projek tanam tembikai. Mula-mula mcm succes bnyk anak yg tumbuh tp since lepas cuti raya haji bnyk yg mati maybe sebab panas. ni pun semakin kurang pokok yang tinggal. Hope sempat la kami merasa hasil nye. Dengan zainab plak projek tanaman cili besar. so far so good. Tapi pokok cam lambat besar je.
Akhirnya pokok tomato aku mengeluarkan buah nya. Balik dari raya haji nengok ade sebiji. Tadi baru perasan ade sebijik lagi. Puas hati nengok berbuah jugak. Walaupun hanya 2 biji je. pokok pun nengok dah kering semacam je.
Gambar kat atas ni kiri tuh daun kesom. kering je tak tau cam ne nak gemukkan. kanan pokok tembikai yang cerita kat atas tadi. Takat ini je tuk hari jmpa lagi kemudian hari heheheh
Saturday, November 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Part 1: Hatyai Gila Trip!
Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...
-
Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...
-
kali ni aku masukkan lagi gambo gambo yg sempat aku snap masa dok nengok hikmah... huhuhuhu saja nak kongsi ngan peminat hikmah yg lain cam...
-
Anyeong... kembali bersiaran dengan cerita kembara ke Korea yang tak sudah sudah di apdet nih. Trip April 2012 ni lagi beberapa hari da...
6 comments:
Last sem ke yatt?
uish lum lagi la nurul ade setahun setengah lagi huhuhuhu
yatt:
ko tanam pkai benih ke, bli pokok sesiap? aku ajat nk tanam cili beso, tp hr tuh tanam benih, last-last rumput yg kuar...
ani tips?
cili besar tuh aku tanam bijik dari cili yg beli kat kedai. aku semai dalam pasu dulu. ada lagi ank pokok dia tak tanam. nak ke?
hehe...bile mase plak aku nk p umah ko. ko kasi tips la...tgn aku nih kureng sket bab tanam-tanam...
weh...cian ikan ko kan...hehehehe
Post a Comment