Tuesday, December 14, 2010

alhamdulillah..

Result exam dah keluar. Syukur alhamdulillah result memuaskan dan agak memeranjatkan. Apa-apa pun aku sangat sangat sangat suka dengan keputusan examku. Sebenarnya usahanya tak seberapa pun, tapi agak frust tuk subjek law. Dengan keputusan aku semakin bersemangat untuk belajar semester baru nanti. Semester baru nanti subjeknya agak berat. Ada subjek financial reporting, sangat tidak suka ini subjek sebab kena paham accounting standards. Bab akta akta ni aku lemau skit. Apa-apa pun hope bleh score lagi.

Lagi satu nak share pasal keje. Pengalaman baru yang aku takkan lupa punya. Bos bosar suruh jadik wakil dept tuk present report dalam management meeting. Apa lagi rama-rama mula la berterbangan dalam perut. Tak pepasal satu bilik tuh gelak besar gara-gara salah sebut nama staf tetukar jadik farah fauzana. Presentation aku hari ni agak kelam kabut. Silap aku tak prektis apa nak cakap so sangat beterabur. Bila kena soal ngan bos-bos bosar lasung blur tak bleh nak jawab. Nasib baik ada former manager aku tolong cover. Ada tak sesiapa nak share any tips yang boleh hilangkan gemuruh? Risau gila ni semester baru nanti ade subjek yang require public speaking. Sempat lagi tadi mengadu ngan sorang dari bos bosar, dia suh training ngan dia. tunggu je la kalau2 dia ingat. ok la takat sini dulu. jumpa lagi dilain siaran

No comments:

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...