Sunday, October 23, 2011

Blueberry Cheese tart lagi


Kali ni nak menghabiskan stok creamcheese dalam peti ais. Buat crust nipis sungguh sebab nak dpt banyak. resepi amik dari myresepi.com ringkas dan mudah. terima kasih kepada pemilik resepi tak ingat nama la plak hehehe. Minta maaf la sedikit comot maklum la amatur. Lepas tuh tak guna acuan tart pun blasah guna loyang cup cake yang kecik tuh je. Maklum la acuan tart aku ada 12 biji je. jenuh nak tunggu sejuk nanti.

Oh yer masterchef malaysia dah start tayang. Pelakon pojaan ku zaman skulah ada masuk. Go Ary Malik Go! Fighting!

Edited: Resepi blueberry cheese tart
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
*** me kalau buat skip lemon & telor untuk filling.

Untuk makluman resepi ini di copy paste dari myresepi.com. tuan punya resepi ialah Haz amon boleh klik nama tuh utk link ke myresepi dan baca laporan orang2 lain yg dah cuba resepi nih.

3 comments:

Unknown said...

sedap nyer.. tingin nk wat tp byk lak nk guna brg die..

Ary malik tu pandai ke masak?? tgk bese je.. cene dorg pilih peserta ek??hehehe

Yatt said...

bhn dia simple je sya nanti akak edit entry ni buh resepi yer.

peserta tuh ada saringannye. suma kena masak dulu n jugde pilih la.

hanie said...

salam ziarah kembali..

hehehe..sedapnyeee

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...