Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna.Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernahjadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu ataumasalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai danmenyelam perasaannya.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya.Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali.Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana,datang orang menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolokmacam tu. Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, makagugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pulabukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinyaberdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalaukepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnyadikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkukitu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita.Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan iniberterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka takapalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nakmenilai seni seperti ini. Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parangdengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Makatersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlahisinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailahriwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Barumuqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti. Tak cukup dengan menyemburkanair dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersihdiparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang.Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yangtinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut. Untuk menambahseksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramasdan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar daribatas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tuayang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih. Setelahitu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencahlain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga.Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak danbau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya? Orang di dapur hanya menjawab, "Kariikan bawal." Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata, "Oh! Sedapkari ni." "Oh! sedap ikan bawal ni."
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yangbegitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yangtinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kiraatau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa sepertikelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja.. biarlah jasa-jasakita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Allah!
p/s: email aku dapat dari opismate ku kak ana thanks. very nice
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Part 1: Hatyai Gila Trip!
Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...
-
Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...
-
Sambungan last entry setelah sekian lama hahaha. Setelah check out dari Ion Delemon kami menuju ke Bukit Tinggi maka bermula edisi menu...
-
hai kengkwn.. ni ade sumthing intresting. klu korg nk tau sape true love korg, just g kt link kt bwh nih.. :) mane la tau kn nnt... gud luck...
No comments:
Post a Comment