Thursday, June 02, 2005

Aku Mahu Pulang

Subject: Aku Mahu Pulang...

Assalamualaikum wr wbSebak dada bila membaca email ni....but its good ... Semoga kita insaf danmenjadi pelajaran. InsyaAllah...renungan bersama dipagi yg muliaini..........

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu keretaayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingatapa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yangberada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagianpinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap .......Asyhaduallailahaillallah........."ucapanitu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusiayang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkannasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernahmerotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"
Aku amati suara itu.Pasti itu suaraabang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas."

Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perluusaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abangmenjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicaradenganmu.datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudahbuta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.A ku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu?kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suaradoktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampumenangis saja.dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....akutidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku.Aku tahu itusuara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakahaku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratulmaut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat mautdatang.Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidakingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yangpastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglahaku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudahpekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekkudatang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelaspenuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu inimembesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudianakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk kesyurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kauberubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??"Mengucapsyg,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagike telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusiaberjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikutkami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahayamerah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambutdan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikatmaut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaanAllah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalamtubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlahbangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk kehidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakahorang yang mengangkat sampah hariini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku"."Kau siapawahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklatdan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnyaterdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa dipedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjeritsekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenalengkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yangkeji..........". Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! akuteringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segaladosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagaisuatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmatyang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas keranaAllah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telahberlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku haruslakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Akumelihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apaini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapaair ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengankuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Akumalu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celahbadanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu."Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imammenyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapikenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Akuteringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamudisembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untukmengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotakapa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusungsetapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana diabawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah akudibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya ditanahperkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tanganmemegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu."Perlahan-lahan",akuterdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Akuseram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demisedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badankudi timbusi tanah"."


Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepadaAllah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tokimam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqimitu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengartok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandangankumakin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan keatasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan."Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Akutakut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!


THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING INDEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMATTAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KEAKHIRAT."

It's must be ours one time. "Setiap yang hidup, pasti akan menemuimati"Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita seagama...Tiada yang lebih daripada mengingati mati...Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalahsahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkankesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)


p/s: cerita ni aku dapat melalui email yg kawan aku shaheeda forwardkan. besama sama la kita jadikan iktibar

2 comments:

Milly San said...

amboi yatt...dah advance...berseri2 blog hg yer...bila nak wat utk blog aku lak???x pe....nanti aku penuhkan ilmu di dada dulu.....pastu aku bg cantik punya blog aku tuh...huhuhu...

okla....anyway...saje singgah...aku update blog dah...sket jer..malas nak tulis panjang2..

YatT'S said...

blajar skit skit emiii abg halim pun tak pandai sekarang hehuheueh