Monday, August 08, 2005

assalamualaikum...

first aku nak citer:
Konsert final AKEDEMI FANTASIA 3

aku puas hati hik..hik..hikk.. akhirnya ASMAWI BIN ANI di tabalkan sebagai juara AF3.. tak sesia aku vote hik..hik.. betul tak siti ngan kak su (depa vote lagi banyak dari aku he..he..)
finally mawi menang dengan 58% tinggalkan felix 30% Amylea 8% & marsha 4%..
suspen giler masa tuh...
Aznil memang betul betul buat kita org suspens..bila Mawi diumumkan menang VOKAL terbaik .. kami besorakkk tak sangka.. sape suh ASTRO letak keputusan kat tangan pengundi.. nape tak amik juri tuk menilai vokal.. so bila mawi memang jgn salahkan mawi atau peminat dia.. sebab kami undi sape kami depa suke... aku tak AFVOKAL.. tp tumpang gembira gaks hikkk hikks lagipun vokal mawi tuk lagu seroja besh ape... hikss
cam tu jugak pesembahan tebaik...tapi AKU TAK VOTE TUK AFVOKAL & AF BAIK just vote AFUNDI je.. masa nak nunggu pengumuman tempat 4 ke juara suspens
dengar ayat - ayat AZNIL... bila felix di umumkan naib juara ..... yeahhhhhhhhhhhhhhh gegak gempita umah kami... MAWI JUARA...
minta maaf lah kat jiran jiran di sekeliling.. lepas ni tak bising dah..

Lepas ghindu la nak tatap wajah depa...
tak dapat nengok aksi marsha yg mengoda mawi.. lawak poyo si felix... tarian mawi yg sumbang tuh...

ghindu la nak nengok gelagat depa...
ape ape pun.. kepada MAWI, FELIX, MARSHA, AMYLEA & the rest of AF3 good luck..

" JANGAN LUPA DIRI INGAT ASAL USUL"

macam la depa baca blog aku nih.. poyos jer.. hik..hik..hik... sebelum telupa malam konsert final tu mawi lebih ensem ngan baju dari Adnan Hassan.. tak de la buruk cam konsert sebelum sebelum nih hik..hik..hikkss k enough with AF...

Initial D

aku tak tau la kalau movie ni dah basi.. tp aku baru je nengok.. aku rasa besh giler .. memang giler giler besh... satu ari bleh nengok dua kali hik.... hik... petang sebelum siaran AF dan malam selapas AF... tp waktu malam tu aku tewas kiok tgh jalan....


nengok Initial D ni geram nengok muka si vince versi kurus jay Chou tuh.. rileks je muka bawak keta tuh.. cam takde perasaan jer ... suke kesan efect movie besh.. overal besh arr movie nii tambahan pelakon dia memang paberet aku... x-specially si chicken Jordan Chan ngan Edisen Chen yg comei hikk..hik.. aku sempat jadik jahat hikk..hikk. ikut jejak lanun.. menduplicate cd yg memang tlh diduplicate hikk..hikk..hik...

# selepas mawi jadik juara aku terus guna ringtone lagu seroja.. adakah aku fanatik?????

12 comments:

kuncup said...

yes~!! yes~!! mawi menang...
sebenarnyer kuncup tak pernah pon dengar suara mawi. tapi pasal pi blog sana, blog sini.. sumer citer pasal AF, mawi.. kuncup pon nak lepas geram gak. kik.. kik.. kik...
memang sedap ke suara mawi tu yatts~??

YatT'S said...

hi kuncup bg saya memang sedap suara mawi di pendengaran telinga ku ini.. hik...hik... terutama lagu seroja di malam final tuh.. memang besh giler... hikksss hikkss

YatT'S said...

hi kuncup bg saya memang sedap suara mawi di pendengaran telinga ku ini.. hik...hik... terutama lagu seroja di malam final tuh.. memang besh giler... hikksss hikkss

YatT'S said...

hi kuncup bg saya memang sedap suara mawi di pendengaran telinga ku ini.. hik...hik... terutama lagu seroja di malam final tuh.. memang besh giler... hikksss hikkss

YatT'S said...

hi kuncup bg saya memang sedap suara mawi di pendengaran telinga ku ini.. hik...hik... terutama lagu seroja di malam final tuh.. memang besh giler... hikksss hikkss

Wirawan Terulung said...

w'salam...

humak aiiii...sampai 4 kali ko reply yatt...fanatik gak ko ni erkk??

heheheh....

YatT'S said...

huhuhu wira..
tekan sekali tak tak gerak gak... clik lagi.. tak gerak jugak..
sekali lagi clik ... ish tak gerak jugak...
sekali lagi click baru kuar....

refreshhh alamak 4 da....
apa mau wat....

fanatik tu tak arrr... lom tahapnye lagi hikkk..hikkk

YatT'S said...

huhuhu wira..
tekan sekali tak tak gerak gak... clik lagi.. tak gerak jugak..
sekali lagi clik ... ish tak gerak jugak...
sekali lagi click baru kuar....

refreshhh alamak 4 da....
apa mau wat....

fanatik tu tak arrr... lom tahapnye lagi hikkk..hikkk

YatT'S said...

nengok dia wat lagi dah....

Mat Kayangan said...

lor

Mat Kayangan said...

Mawi dan Akademik Fantasia: Fenomena Baru?MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.


Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.



Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.


Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Apa pendirian ulamak-ulamak tentang fenomena ini?

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi."

YatT'S said...

terima kasih en mat bin kayangan...