Wednesday, October 26, 2011

Jalan-jalan cari pasal

Cerita kali ni betul-betul jalan-jalan cari pasal. Hari ahad yang lepas plan dengan jufa & hani nak join derang nengok wayang kat e@Curve.

Nak di jadikan cerita dalam perjalanan nak kesana aku terlanggar seorang pakcik india ni yg bawa motor. Oh cuak giler masa tu.
Me" sorry uncle really sorry. Kenapa uncle berhenti?"
Pakcik " u tak nampak ke ada ular melintas?"
Me " hah ular? mana la sy nmpak. sorry uncle sorry. uncle tak apa2 ke"
Dia nengok motor dia and tengok keta aku. waktu ni kereta blakang dah hon-hon dah. sebab masa ni baru lepas trafic light.
Pakcik " ok, ok, tak pe u jalan je. "
Me " betul ni uncle?"
Pakcik " tak pe2 u jalan"
Me " tq uncle, sorry ye"
Fuh lega sungguh rasanya waktu tuh. tp perasaan ni dup dup tuhan je yg tau. Nasib baik dia tak jatuh. Disebabkan cuak ni smpai aku tesalah masuk parking area. Ingatkan dah betul masuk ecurve nye park alih2 thecurve yg aku masuk. Masa tuh dah jam 1pm dan wayang start 1.15pm. Nasib baik ada orang keluar parking so dpt la parking yg dekat ngan e-curve.

Motif utama ke e@curve nak nengok show nih.
2am 3D show. Daebak! Sebenarnya ni bukan movie tp live concert show in 3D movie. Besh sangat dengan sound system & pictures dia memang rasa mcm nengok live.
Tambahan plak 2AM ni vocal derang memang superb. Walaupun penonton tak ramai tapi still meriah juga. caya la IAM malaysia. Rasa tak puas nengok show ni mcm sekejap sangat. Ada rasa nak nengok kali kedua tp poket cam tak mengizinkan.

2AM 3D show ni pertama kali tayang kat malaysia. Kat philiphine dah ada tayang Super Junior SS3 in 3D. Kalau SS3 tayang kat sini sure nak pergi nengok.

Lepas wayang pegi makan kat kedai Sweetchap di Thecurve. Memula tak mau amik gambar then bila makanan jufa order smpai terus wooo misti amik gambar. Menu tulis speghatti with smoke beef something. tak ingat hehehehe. kalau ikut bahasa melayunya Speghati dengan daging salai masak lomak cili api.

Nampak tak yg hijau halus tuh. ha itu daun kunyit. boleh tahan la spegatti ngan daging masak lomak nih. podeh pun podeh. Ini betul2 fusion. east meet west!Yang ni plak durian pancake. Tip top! Sodap sehinggo menjilat garfu. Inti dia fresh cream & fresh durian. tak caya nengok sini.
siap ada biji lagi. sib baik kocik yo. Simple je pancake ni tp memang sodap. price pun affordable. RM7 something.

Tetiba plak bagi iklan percuma kat kedai tuh. Sebab dessert dia besh boleh share sini. Itu ajelah cerita utk kali ni jmpa lagi di lain siaran. Khamsahamida.

nota kaki: entri ni dah dok kat draft dah seminggu baru dipublish hehehe

Sunday, October 23, 2011

Blueberry Cheese tart lagi


Kali ni nak menghabiskan stok creamcheese dalam peti ais. Buat crust nipis sungguh sebab nak dpt banyak. resepi amik dari myresepi.com ringkas dan mudah. terima kasih kepada pemilik resepi tak ingat nama la plak hehehe. Minta maaf la sedikit comot maklum la amatur. Lepas tuh tak guna acuan tart pun blasah guna loyang cup cake yang kecik tuh je. Maklum la acuan tart aku ada 12 biji je. jenuh nak tunggu sejuk nanti.

Oh yer masterchef malaysia dah start tayang. Pelakon pojaan ku zaman skulah ada masuk. Go Ary Malik Go! Fighting!

Edited: Resepi blueberry cheese tart
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
*** me kalau buat skip lemon & telor untuk filling.

Untuk makluman resepi ini di copy paste dari myresepi.com. tuan punya resepi ialah Haz amon boleh klik nama tuh utk link ke myresepi dan baca laporan orang2 lain yg dah cuba resepi nih.

Update: Mini Kebun

Lama sungguh tak cerita pasal kebun kat sini. Sekarang mood bekebun dah hilang seiring ngan mood malas masak bwak bekal ke opis. Minggu tergerak nak kemas pasu-pasu yg kat depan umah. Lepas tu mengalihkan kaktus ke pasu lain. Sebelum ada yang mati lagi.

Alhamdulillah misi berjaya. meh le nengok gambo tanamanku yg kurus kering ini.
Pokok limau purut masih bertahan walaupun bnyk kali diserang ulat bulu. Yg mcm rumput tuh daun kucai. Ini pokok sayuran yg masih hidup. Dalam 2 pasu kosong saja semai benih sawi kot2 maun nak hidup. Bleh makan sawi pas nih.

Kat bawah ni plak pokok2 kaktusku.
Tinggal 5 jenis je yang lain sume sudah mati. Temasuk yg kat opis.
Nanti nak tambah koleksi lagi.

Kebun kat blakang yang tinggal pokok terung & cili api. Tp lupa plak nak amik gambo lagi pun agak semak so malula nak tayang kat sini. hehehehe.
Ok tamat sudah edisi kebun jumpa lagi dilain siaran.

Saturday, October 22, 2011

Fallen leaves!

Falling in love with this song.
Jaejoong, Yoochun & Junsu hwaiting!
U guys really talented. JYJ fighting!



Monday, October 17, 2011

Big bad wolf books

Sabtu lepas pergi Big Bad Wolf Books di Maeps Serdang. Baru tahu ada jualan buku tebesar ni. Big Bad Wolf Books memang best. Syurga untuk peminat buku tapi untuk buku2 import sahaja. Target utama datang sini nak beli buku resepi Mr. Jamie Oliver . Harga dia RM25 sahaja. Original price RM169. tuh yang semangat nak beli. Selain buku ni ada beli buku2 lain jugak. total beli 4 buku RM53. Bebaloi sangat. Insyallah jadi event tahunan kot gi BBWB ni.

Sunday, October 09, 2011

Hottest mission!

Me & Jufa mission today.
Started at early morning likes going to works.
Bring also our laptop for killing time.
Arrived at viva around 10 am after lost about half n hour.
glad one of my friend lives nearby so she guide us there.
Then once again lost inside the mall.
After found the venue then we going outside for the ques.
omo! omo! wow the que already looooooooongg!
This is the lines before the rain.
That uncle in blue shirt wow me!
caya la uncle! jjang!


Then we moved inside..
Below the que in front us.

and below the que behind us.

Here we makes new friends. u guys Jjang!
All of us has worried we might not get the
ticket by looking at the crowd.

And this is what we been queing for.
2PM HANDS UP ASIA TOUR CONCERT!


We didn't manage to get the ticket we want.
within 1 hour only discount ticket sold out!
plus VVIP ticket also sold out!
It shows that 2pm has huge fan base here in Malaysia.

But we still buy the ticket. hope its worth it.
2PM boys please put up spectacular performance.
MyHottest see u guys in November.


Notakaki: Entry poyo saja kot omputeh mcm teror je hahahaha

Friday, October 07, 2011

Steve Jobs?

Minggu ni merata2 kat Twitter & Facebook orang share pasal Steve Jobs.
Sesungguhnya aku tak kenal dia ni siapa. Siap tanya kawan siapa Steve Jobs?
Rupa-rupanya founder Apple. Patutla tak tau sebab aku tak punya apa-apa product derang Imac ka, Ipad ka even Iphone.

Dalam bnyk info yang orang share aku amat tetarik ngan satu quot dari Steve Jobs nih
Sangat setuju dengan kata-kata nih.

Sekarang mari kita sama2 tanya diri sendiri. Adakah kita suka dengan kerjaya sekarang?
Aku ni asyik merungut je pasal kerja. Bila tah nak kerja dengan sepenuh hati. Agaknya hati ni memang tak da kat kerjaya nih. Ermmm patuh tukar kerjaya kah? Biarlah masa menentukan mungkin suatu hari tetiba tertukar profesyen plak hehehe. Siapa tahu kan?

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...