Friday, April 30, 2010

Ketika Cinta Bertasbih



Sebelum ni dah agak lama gak beli cd movie yg 1st tp tak teruja sangat nak nengok since housemate yang nengok ckp tak berapa menarik. Bila kawan aku beriya suh nengok aku pun tonton la. Nasib baik ade part 2 nye copy dari officemates. layan terus 2 movie.
Study nya tidak. huhuhuhuhu

Ketika Cinta Bertasbih part 1 cam mendatar skit jalan ceritanya tapi part 2 lebih mengujakan mcm2 emosi ada. Aku ternanti2 siapakah jodoh Azam. Sedih betul masa part Azam dan ibunya kemalangan dan ibunya meninggal. Teringat Arwah along yg meninggal akibat kemalangan. Al-Fatihah tuk Norhisham bin Mahmud.

Kesimpulannya memang besh cerita ini. Banyak pengajaran. Indonesian kalau buat movie or sinetron islamic ni memang tak penah menghampakan. Harap aku akan ingat pengajaran dari movie ni dah praktiskan. Selepas exam nanti aku nak layan movie ni lagi sekali.

Ermmm bila la Abdullah Khairol Azam aku nak muncul nih...

Tuesday, April 27, 2010

permintaan seorang teman

Semalam aku ade bersembang ngan seorang kawan lama di yahoo mesengger. Sahabat lelaki masa di sekolah menengah. Dah lama juga tak berhubung ngan dia. Biasa sembang2 tanya khabar. Tetiba dia sebut pasal movie. Dia pun bercerita tentang movie kesukaan dia ' Ketika Cinta Bertasbih'. Memang minat sungguh dari novel smpai ke movie. Dengan bersungguh2nya dia cadangkan aku tonton cerita nih. Kebetulan memang aku dah beli cd tp tak berkesempatan menonton lagi. Aku beritahu dia takpe nanti aku tengok. Lagi satu siap nak pinjam cd aku ade tuh nak bwak balik kg sebab nak bagi mak dia nengok movie nih jugak. Memang minat sungguh kawan aku nih.

Pagi tadi dia ym lagi. Soalan pertama dah tengok movie tuh ke belum. haihhh kabo tak tanya itu yg di tanyakan. Jawapan aku mengeciwakan dia heheheheh. Tak nengok lagi. malam tadi dok habiskan citer korea yg aku nengok semalam. (bukan nak baca buku walhal exam dah dekat hahahaha). Hari ni dia pesan lagi suruh tengoh cerita tuh. Insyaallah wahai sahabat aku akan tonton ok!

Wahai kawan2 bloggers sekalian, sapa yg dah tengok movie 'Ketika Cinta Bertasbih' ni ekk?
Besh ke jalan ceritanya?

Friday, April 23, 2010

kek coklat kukus


2 hari lepas tak tau kenapa dok rasa nak mkn kek coklat.
semalam lepas exam ctu ade masa terus buat.
hasilnya mcm kat atas.
tambah skit hiasan simple dengan pisang dan coklat cair.
kepada kengkawan selamat menjamu mata ok.

Sunday, April 18, 2010

korean grilled beef


dah lama nak buat. akhirnya jadi gak.
2nd time buat yg dlm pic ni bakar dlm oven.
telebih masa sedikit hangus hehehe
kalau ade tools tuk grill lagi bagus.

resepi asal amik dari sini dari Julia yoon
tp kebiasaanya i ubah skit resepi asal.
tambah halia & bijan.

n then saja test buat black pepper sos.
resepi amik dari internet gak.
cam besa ade ubah2 jugak.
taste bleh la tp telebih pedas huhuhu
lepas ni kena cari resepi lain nak perabis sos tuh.

sapa nak cuba grilled beef ni bleh la klik kat link atas tuh.
selamat mencuba

Saturday, April 10, 2010

The best service provider?

Celcom Broadband VS Maxis Broadband

Aku dah guna Celcom dah lebih setahun. Sebelum ni takde masalah sangat tapi sejak pindah ke P.Height memang tersangat buruk pretasinya. Kekadang tak dapat lansung signal 3G.
Call Celcom pun takde effect. Event dah reset conection still bad n then suruh aku connect guna GPRS. 3G pun dah slow inikan plak guna GPRS. Nak upload gambar konfem tekedek2 macam siput bab* . itu okeh lagi ade masanya kejung terus macam siput sedut masak gulai. hampeh.

Minggu lepas masa wedding cousin aku switch jap ngan adik. Pinjam dia punya maxis b.band nak try. so far kat p.height ni okay. tak de masalah sangat. mostly connection on 3G. Upload gambar tade masalah. cth entry kat bawah. kejap je dah leh upload.

Setelah seminggu mencuba rasa cam nak tukar je ke maxis. Offer RM 48 permonth masih ade lagi ke ekk? Letih dah ni byr RM68 tp service out.

kengkawan ade pendapat??

cousin wedding

Gambar2 sekitar majlis perkahwinan sepupuku Alif Aimran

Malam berinai blah petangnye majlis akad nikah.
nampak dak kecik berambut panjang tuh. Dia sangat ralit mengadap pengantin smpai tanak makan lansung.

menunggu di surau untuk besanding dirumah pengantin perempuan.

aku & alif. kebetulan bawa baju kaler oren match ngan temanya.

menanti pengantin pempuan.



ini dia pengantinnya. actually dia ni student plk kat uitm gak.
tak sangka ghupenya dia si alif punya tunang.


flower boy sangat comel. suke nengok.


bersanding. kesian pengantin kepanasan.
gambar kabur tp nak letak gak.



on the way balik. nampak keta ni. tingkap dah pecah.



majlis sebelah lelaki
berarak tuk bersanding.

haikal. nak but peace tp tak reti hehehhe.
skali bagi 5 terus tetotop muka.

di pelaminan.


pengantin kecik dah take over pelamin.
comel je budak2 nih.

majlis sebelah lelaki tak banyak aku amik gambo
sebab kena wat keje skali
majlis meriah. ramai sungguh tetamunya.

bila dah pi wedding orang ni mula la disoal ngan soklan wajib tuh.
loteh den nak menjawab ehhh

to all my makcik pakcik.
insyallah bulan 12 thn pilih sendiri hehehehehe bleh???

Saturday, April 03, 2010

a quick update

1/ exam time table dah keluar. gap banyak gak between satu subjek ke satu subjek. last paper on 9 may. tapi tak syok ofis wat staf day@ team building on 6-8 may. dah submit application later mintak pengecualian. gila kalau aku gi sana. konfem tak leh jawap paper last tuh. dah la test Maf tuh aku tak leh jawab ni kan nak tak study tuk final. form cuti tuk exam pun dah submit. hopefully my big boss approvelah.

2/ previos entry aku letak gambo anak pokok tembikai yg aku tanam. sedihhhhhhhh aku benci siput bab* ... habis togel pokok tembikai aku dikejakan.. tak dan nak tengok pokok tuh membesar. sib baik pokok cili dalam pasu selamat lagi. hope sompek la bosar n bebuah bnyk2. jimat skit.

3/ my cousin ajak join dia ngan anak dia pi holiday trip to Beijing this coming December. Price agak murah compare to any package aku nengok kat iklan2. tengah pikir nih. tp kena wat decision within a week. yang penting kena wat budget dulu. sebab Jan kena byr yuran uitm. n then kena kira cuti.. cukup ke tak. ikutkan hati konfirmkan aje heehehhehe

4/ now at bukit beruntung. my cousin alif wedding. dia ni sama blajar ngan aku kat uitm wife dia pun sama. gila brani dak 2 orang wat wedding time dah dekat exam nih. moga2 korang besemangat blajar besama2 tuk jawab exam nanti. tadi siang penat betul. balik keje rushing ke senawang jemput my famili n then terus datang sini. kul 9 lebih smpai b.beruntung terus gi umah pengantin pempuan. ade majlis berinai. dikyang anak bongsu paksu aku melekat depan pelamin nengok pengantin dari stat berinai smpai ke sesi begambo. ajak makan pun tanak.
paling tak tahan ayat dia tanya ibu dia ' ibu adik tak kawin pun lagi' ngan nada sedih. selamba dek aku jawab 'angah pun tak kawin lg. adik dah nak kawin plak' adik kawin ngan sapa? aku tanya lagi. lawak gila siap sebut nama orang yg dia nak kawin padahal baru umur 4 thn.. dik yang dik yang..

5/ time to sleep. jeles ngan orang sekeliling yg dah lena.. so selamat malam semua.. ai tujukan lagi fezal tahir tuk u all heheheh

Part 1: Hatyai Gila Trip!

Day 1; Khamis 6.Dec.18 Hatyai, Thailand tempat popular dikalangan orang-orang kita berjalan terkenal dengan makanan murah & pelbagai p...